Pages

Sunday, June 20, 2010

kita pakat pakat tgk la,,,

ASRI:SILAHKAN ANDA SERTAI UMNO


Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," tulis beliau dalam blognya.

Mohd Asli membuat penjelasan tersebut ekoran laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan.

Laporan itu memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof yang menyebut bekas mufti Perlis itu dan ulama yang lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Umno Online memetik Ab Rauf memberitahu demikian ketika berucap di mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam.

Menulis dalam blognya, Dr Mohd Asri berkata perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan.

"Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.

"Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas," tambahnya.

Dalam laporan tersebut, Ab Rauf yang juga ketua bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.”

Bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu, dilaporkan memuji usaha Umno Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai parti itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, Dr Mohd Asri enggan mengulas lanjut berhubung laporan yang beliau akan menyertai Umno.

Sebaliknya beliau, meminta merujuk kepada tulisan di dalam blognya itu.





Kode Iklan anda yang ingin ada di sebelah kiri disini




Kode Iklan anda yang ingin ada di sebelah kanan disini



Artikel ini ditulis oleh pemilik dari BRIGED MP SEGAMBUT. Artikel ini boleh dipublikasikan ulang di blog manapun selama mencantumkan nama penulis dan link sumber artikel dan hanya digunakan untuk keperluan non-komersil. Serta tidak merubah separuh atau seluruh bagian dari isi.

No comments:

Post a Comment