Pages

Monday, June 14, 2010

Nizar letak jawatan,,,

Alhamdulillah, akhirnya Hj Nizar letak jawatan Presiden PAFA

Akhirnya, Hj Nizar secara rasmi letak jawatan jugak sebagai Presiden PAFA.

Ajijoi melaporkan:
Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin secara sahnya meletakkan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang berkuatkuasa serta merta.

Pengumuman perletakan jawatan itu dilakukan oleh beliau sebaik selesai mempengerusikan mesyuarat khas ahli majlis di Pejabat PAFA, Ipoh pagi tadi.

Turut bersama-sama beliau melepaskan jawatan masing-masing adalah YB Seah Leong Peng (Timbalan Presiden), Haji Anuar Hashim (Setiausaha Kehormat), Haji Abdul Rahim (Bendahari Kehormat), Ustaz Norazli Musa (Pengurus Pasukan Liga Super) dan Sdr Anuar Zakaria (Penolong Pengurus). - Ajijoi
Aku sejak dari awai lagi tak pernah setuju Hj Nizar jadi Presiden PAFA. Pada aku satu tindakan yang tak menguntungkan. Bukan setakat tak menguntungkan tapi bagi banyak reba.

Apa untungnya yang kita dapat selama Hj Nizar jedi Presiden PAFA? Bagi aku takdak langsung. Langsung tak nampak. Yang nampak untung pun mungkin beberapa orang yang boleh makan gaji atau elaun dengan PAFA, contohnya macam Ust Taliban yang jadi pengurus pasukan. Setakat tu ja la.

Nak kata sukan bolasepak Perak meningkat dak jugak.Malah jadi teruk ada la. Nak kata boleh selesai masalah PAFA dak jugak. Boleh la takat selesai masalah kewangan buat sementara tapi lepas tu timbul balik.

Kut kalau boleh selesai masalah bolasepak Daerah Kerian yang berlarutan berpuluh tahun digantung pun dak jugak. Kalau takat boleh jadi Presiden saja apa sangat yang boleh diubah kalau ramai yang lain masih orang yang sama.

Maksud aku bolasepak ni bukan takat di Perak tapi diseluruh negara memang masalah, memang reba. Sampai ke FAM pun masalah. Aku nampak punca utama massalah bolasepak di malaysia ni pasai politik kuat sangat. Bukan politik kepartian tapi politik persatuan.


Pasainya orang politik yang menguruskan persatuan bolasepak gunakan kaedah politik nak selesaikan massalah. Masalah orang politik dengan orang politik mana boleh selesai cara politik. Jarang sangat yang boleh selesai melainkan satu pihak mati, dan masalah tu dianggap selesai.

Lagi satu, untuk orang politik, sukan bolasepak ni boleh bagi untung kalau pasukan menang dan jadi johan kejohanan. Masa tu ja pun boleh kut dapat sikit political milage. Tapi masalahnya yang menang akan menang satu pasukan saja, yang lain kalah. Kalau duduk tempat corot, bukan takat langsung tak boleh dapat politikal milage, nama pun jadi busuk.

Jadinya aku nak nasihat Ust Azizan yang jadi Presiden Kedah FA supaya letak jawatan sama. Tak payah la tanggung reba. Yang dok ada lain pun tak larat nak tanggung. Bab bola ni elok serah kat orang bola dah la.

No comments:

Post a Comment