Pages

Tuesday, June 15, 2010

sekarang ni Najib la yg puaih hati,,

ADUN Malim Nawar Mungkin Tidak Berpuas Hati Terhadap Parti, Najib

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh keluar daripada DAP mungkin disebabkan beliau tidak berpuas hati atau hilang keyakinan terhadap parti itu.

"Kena tanya dia, mesti ada sebab dia keluar," katanya ringkas ketika diminta mengulas tindakan Keshvinder yang mengumumkan keluar daripada DAP hari ini dan menjadi wakil bebas yang mesra Barisan Nasional (BN).

Najib diminta mengulas perkara itu selepas majlis perjumpaan dengan guru-guru Kafa peringkat kebangsaan di sini.

Konsensus Bebas, yang dianggotai lima Anggota Parlimen Bebas, pula meminta rakyat menghormati keputusan Adun Malim Nawar itu yang keluar parti selepas kecewa dengan kepimpinan tertinggi DAP yang didakwa tidak membantu beliau dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Dalam kenyataannya hari ini, Konsensus Bebas percaya lebih ramai lagi Adun dan anggota Parlimen daripada pakatan pembangkang yang akan keluar parti ekoran rasa muak dan kecewa dengan permainan politik berlebih-lebihan oleh pimpinan atasan.

Konsensus Bebas juga menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai parti yang menerajui pakatan pembangkang juga sudah gagal dan tidak mampu lagi untuk terus memimpin pakatan pembangkang.

Konsensus Bebas juga mengingatkan pakatan pembangkang supaya bermuhasabah dan menilai diri serta tidak menuduh atau menjaja pembohongan dan fitnah bahawa Adun dan Anggota Parlimen yang meninggalkan pakatan pembangkang kerana dibeli dan disogok wang oleh BN.

"Tuduhan sebegitu tidak lebih hanya untuk mengelak dari isu sebenar bahawa Adun dan Anggota Parlimen serta penyokong pakatan pembangkang sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan pakatan pembangkang, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi ketua pakatan pembangkang," menurut kenyataan itu lagi.

Konsensus Bebas dianggotai lima Anggota Parlimen Bebas ialah anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment