Pages

Tuesday, June 15, 2010

Tu dia ,,laki tgk video bini buat projek,,,

Suami dah tonton video lucah yang didakwa libatkan isterinya



JAKARTA: Johannes Yusuf Subrata, suami pelakon, model dan penyampai televisyen, Cut Tari, mengaku sudah menonton video porno yang didakwa melibatkan isterinya dengan penyanyi kumpulan Peterpen, Ariel.



Bagaimanapun, ia menolak untuk menyaksikan video porno yang melibatkan Ariel dan Luna Maya, teman wanita penyanyi itu ketika ini.



“Itu urusan mereka (Ariel dan Luna). Saya tidak menontonnya,” kata Yusuf yang berkahwin dengan Cut, bekas teman wanita Ariel pada 9 Januari 2004, ketika ditemui di Balai Polis Jakarta Selatan, semalam.



Yusuf berkata, dia menemani isterinya yang dipanggil untuk memberi keterangan berhubung video seks itu.



Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut kes itu. Yusuf sebelum ini pernah berkata, dia tetap mermpercayai dan mencintai Cut.



Cut juga tidak mahu memberi sebarang kenyataan kepada wartawan yang menunggu ketibaannya di depan balai polis itu.



Jumaat lalu, Ariel Peterpen atau nama sebenarnya Nazril Irham dan Luna memberi keterangan kepada polis berhubung video itu yang hingga kini boleh diperoleh secara meluas walaupun polis melancarkan beberapa serbuan sejak minggu lalu.



Video itu seolah-olah dirakam oleh Ariel ketika dia melakukan seks dengan Luna, dan Cut, pada waktu berlainan. - Agensi

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/06/suami-dah-tonton-video-lucah-yang.html#ixzz0qytQwiIN

No comments:

Post a Comment