"Yang penting bagi saya ialah kita kena betulkan Puteri. Saya takut Puteri UMNO dibubarkan. Sebab kalau dia tak main peranan yang signifikan, tidak agresif dan tak jadi safe deposit pada UMNO… tutup ajalah Puteri UMNO. Itu mungkin penyelesaiannya. " - Azalina Othman Said, bekas Ketua Puteri Umno Malaysia.
Rata-rata di bahagian-bahagian berpendapat Puteri Umno kini meniti hari-hari kehancuran. Puteri Umno hari ini bukan lagi Puteri Umno semasa Azalina atau Noraini Ahmad.
Puteri Umno dahulu digeruni lawan dan menawan, hampir setiap hati pengundi termasuk pemuda parti lawan tertawan.
Malangnya Puteri-Puteri hari ini hampir sama tuanya dengan partinya walaupun usianya masih muda. Kalau ketua-ketua Puteri penawan hati Pemuda, hari ini tidak lagi. Kalau dulu parti lawan gerun melihat Puteri bertemu pengundi, Puteri hari ini sudah hilang seri. Apa tidaknya, mereka tidak lagi bergelar Puteri. Mereka sudah bergelar isteri.
Dulu Puteri tidak bersuami. Kini mereka sudah berpunya. Ada di kalangan suami merasakan beristerikan Puteri bakal membawa rezeki. Maka berpeleseranlah Puteri-Puteri yang bersuami ini ke sana ke mari mencari rezeki buat suami.
Ke sana ke mari projek dikejar untuk si suami. Itulah Puteri Umno hari ini.
Apa yang di katakan Azalina kepada Agenda Daily ada benarnya. Tidak berguna berselindung di sebalik kata-kata. Memang pedih untuk menerima realiti. Tetapi Puteri Umno hari sedang meniti hari-hari terakhirnya.
Kalau nak dihitung di mana salahnya, memang tiada penghujungnya. Adakah satu kesilapan memilih orang Sabah sebagai pemimpinnya? Adakah Puteri ketandusan pemimpinnya? 1001 sebab boleh diteliti.
Rosnah Sirlin dengan caranya, Shahanim Yusof dengan egonya. Yang merana ialah Umno dan pemimpinnya. Selamat Tinggal Puteri.
No comments:
Post a Comment