Pages

Wednesday, July 21, 2010

Tanah pak dia kot...

Apa Hak Nong Chik Isytihar Status Tanah Kg Baru

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mengatakan hampir kesemua tanah di Kampung Baru sudah dikeluarkan hak milik dari senarai Enakmen Penempatan Pertanian Melayu (MAS) 1950 ke bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen mempersoalkan tatacara penukarkan atau pengeluaran status hak milik tanah di Kampung Baru kerana selama ini semua penduduk di situ dan satu negara tahu bahawa tanah di Kampung Baru adalah tertakluk kepada Enakmen MAS 1950.

Katanya, kenyataan menteri itu bahawa enakmen berkenaan juga sudah tidak releven juga amat meragukan kerana tidak ada sebarang rekod pemansuhan enakmen tersebut di Parlimen atau sidang Dun Selangor.

“Apa hak beliau untuk mengisytiharkan ketidakrelevenan enakmen berkenaan. Beliau hanya seorang menteri senator, dan kuasa Parlimenlah untuk menentukan kedudukan enakmen ini masih releven atau tidak,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tanah Kampung Baru adalah anugerah Sultan Selangor kepada masyarakat Melayu di Kuala Lumpur dan statusnya berbeza dengan tanah-tanah rizab Melayu yang lain.

Bagi sebarang pemansuhan enakmen dan akta, beliau berkata ianya perlu dibawa ke parlimen atau dewan yang mula-mula mewujudkannya sebelum diisytiharkan sebagai tidak releven atau dimansuhkan.

“Apabila menteri Umno ini menyatakan hampir kesemuanya sudah diletakan di bawah KTN, itu bermakna masih ada lagi yang kekal di bawah Enakmen MAS sekaligus membuktikan bahawa enakmen MAS masih releven,” ujarnya.

Sehubungan itu, DPPWP mengingatkan Nong Chik supaya membuat penafsiran undang-undang dengan betul dan menyatakan fakta sebenarnya kepada penduduk.

Menurutnya lagi, penduduk patut tahu bagaimana tanah mereka boleh bertukar status dan apakah jaminan undang-undang bahawa tanah mereka setaraf dengan tanah rizab Melayu di bawah akta KTN.

Baginya, hanya kerana ingin mendesak penduduk mengadaikan tanah mereka untuk projek mega berbilion ringgit, menteri menghamburkan fakta-fakta yang kucar-kacir.

Tambahnya, malah menteri itu juga baru sahaja menarik balik cadangan 60:40 untuk pembangunan Kampung Baru yang ternyata ditentang hebat ramai pihak.

Dasar yang longgar, persedian dan perancangan yang tidak jelas, katanya membuktikan bahawa menteri itu sebenarnya tidak tahu apa yang dia mahu buat kepada Kampung Baru.

“Beliau tidak tahu bentuk pembangunan apa yang sesuai, melainkan mahu membeli tanah penduduk dengan harga yang murah dan kemudiannya membina rumah-rumah kondo dan lot-lot perniagaan yang berharga ratusan ribu untuk dijual kepada bukan Melayu dan pelabur asing,” ujarnya.

Katanya lagi, tawaran pembangunan oleh menteri itu sebenarnya belum begitu memuaskan hati penduduk dan DPPWP menasihatkan agar beliau tampil dengan satu perancangan dan penjelasan yang lebih konrit lagi di masa depan agar hak penduduk Kampung Baru tidak tergadai begitu sahaja

No comments:

Post a Comment