Pages

Tuesday, January 5, 2010

(Jumpa) Enjin Jet Pejuang F-5E Dijual Ke Uruguay

Negara Amerika Latin yang dikatakan menjadi destinasi di mana terjualnya enjin jet pejuang F-5E hampir terjawab. Negara yang dimaksudkan itu adalah Uruguay. Itulah pendedahan ringkas yang diberikan oleh Peguam Negara, tan sri Abdul Ghani Patail berkenaan isu dan kes “kehilangan enjin F-5E”. Walaubagaimanapun, siasatan berkenaan kes yang berprofil tinggi ini masih dalam siasatan lagi oleh pihak Peguam Negara.

Yang menariknya pendedahan dan penjelasan awal yang diberikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengatakan bahawa tidak ada pegawai kanan tentera udara yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM dari pengkalan Sungai besi pada tahun 2007. Jika sebelum ini, beberapa pegawai berpangkat tinggi sudah dibuang kerja kerana dikatakan terlibat dalam kes ini. Hari ini, anggota berpangkat rendah dikatakan menjadi dalangnya.

Sebenarnya saya kurang pasti apa yang pihak Peguam Negara cuba tonjolkan di sini. Apabila highly rated asset keluar masuk negara, perlunya ada pemantauan yang rapi dan telus oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Takkan semudah itu boleh dibawa keluar masuk negara. RM100 juta kawan!!!! Bukan RM100. Apabila saya membaca kenyataan Peguam Negara yang mengatakan hanya si mamat yang berpangkat rendah terbabit secara langsung sehingga terjual enjin enjin pejuang F-5E, dalam hati kecil saya terdetik perasaan teruja bercampur pelik bagaimana hebatnya kakitangan berpangkat rendah mampu berurusniaga dengan pembeli dari Uruguay. Erm…..melainkan ada tangan-tangan ajaib yang menghalalkannya. Kemungkinan tetap ada.

Buat masa ini juga usaha-usaha untuk membawa balik enjin jet pejuang F-5E yang telah terjual itu akan dilakukan. Bagaimana caranya, terpulang kepada budi bicara pihak kerajaan.

P/S : Sikap yang tak mahu berterus terang di atas kebenaran yang ada mampu merosakkan sesuatu institusi yang ada. renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment