Pages

Tuesday, January 5, 2010

Skuad Kenari tampil empat muka baru



Menerusi perjanjian itu, Lotto akan menaja segala peralatan sukan pasukan Liga Super dan Piala Presiden selama setahun bernilai lebih RM150,000. Turut dilancarkan, jersi baru Kedah yang lebih ceria dan menarik.

Lotto diwakili Pengarah Lotto Malaysia, Singapura dan Brunei, Udo Eimer manakala KFA oleh Syed Unan.

Menurutnya, KFA telah menyediakan kemudahan bas untuk pemain bagi musim ini dengan memperuntukkan lebih RM400,000, sebagai langkah memantapkan aliran kewangan persatuan itu.

“Bas ini telah diubahsuai dengan menempatkan kafe dan sudut karaoke supaya pemain lebih selesa ketika berada dalam perjalanan jauh. Bas itu akan dapat digunakan sebelum perlawanan liga bermula,” katanya.

Syed Unan berkata, persatuan juga tidak lagi dibebani masalah hutang tertunggak setelah berjaya melangsaikan hutang tersebut, selain tidak berlaku masalah kelewatan pembayaran gaji kepada pemain dan pegawai.

Turut diumumkan senarai pemain Liga Super yang bakal beraksi pada musim ini, termasuk empat pemain baru, iaitu Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin (bekas pemain Proton FC), Muhd Zamri Chin (bekas pemain My Team), Mohamad Azmi Muslim (bekas pemain My Team) dan Azlan Ismail (bekas pemain Trengganu).

Sementara itu, Setiausaha Kehormat KFA, Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, pihaknya bercadang memperkenalkan rawatan hipnoterapi kepada pemain sebelum memulakan perlawanan yang diyakini mampu meningkatkan prestasi pemain.

“Kita akan mendekati pemain sebelum mereka beraksi menerusi program rawatan terapi ini yang digunakan meluas di Amerika Syarikat. Program ini akan memberi pemain lebih tumpuan apabila mereka meluahkan permasalahan sebelum turun padang,” katanya.

Dr Hamdan berkata, program ini dijangka diperkenalkan tahun ini, termasuk dalam bidang sukan lain yang berpotensi. Beberapa pakar perunding dalam rawatan berkaitan juga telah dikenal pasti.

1 comment:

  1. tahniah.satu pendekatan yg baru pengurusan kfa yg lebih saintifik.pulun kedah pulun.

    ReplyDelete