PEMBANGUNAN bentuk apakah yang mahu dilakar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk skuad pelapis negara, Harimau Muda A yang kini tidak ubah seperti merempat di tanah air sendiri selepas permohonan untuk mereka bersaing dalam Liga Singapura, tahun ini ditolak.
TINGGAL KENANGAN...pemain Harimau Muda bergembira selepas memastikan mata kejuaraan Liga Perdana pada Ogos, tahun lalu.
TINGGAL KENANGAN...pemain Harimau Muda bergembira selepas memastikan mata kejuaraan Liga Perdana pada Ogos, tahun lalu.
Tidak siapa tahu apakah nasib pemain muda negara dalam skuad yang gah selaku juara Liga Perdana musim lalu itu dan kesinambungan terhadap kecemerlangan yang mereka pamerkan, seakan-akan mati begitu saja.
Selepas penyertaan mereka dalam Liga-S ditolak Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), mana lagi hala tuju skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah itu kerana adalah sesuatu yang mustahil untuk menyelitkan pasukan itu di dalam saingan Liga-M yang sudah memulakan persaingan.
Segala-galanya tampak tidak menjadi buat Harimau Muda A dan Azraai mengaku semangat anak buahnya kini sudah luntur gara-gara khabar yang dihadirkan negara jiran itu, kelmarin.
“Pemain saya nak tahu apa nasib mereka. Selepas menjuarai Liga Perdana musim lalu, kenapa hak mereka beraksi dalam Liga Super dinafikan. Kami seperti merempat di tempat sendiri.
“Saya sungguh kecewa. Liga-S adalah satu-satunya harapan dan pentas terbaik untuk anak buah saya meningkatkan prestasi selepas kami diketepikan daripada Liga Super. Semangat pemain kini hancur apabila mereka mendapat tahu tidak dapat bermain dalam Liga-S.
“Saya tidak tahu apa yang patut dilakukan sekarang, sepatutnya soalan itu anda kena ajukan kepada FAM. Mungkin kalau kita buat keputusan lebih awal, kita ada harapan bermain di Liga-S. Singapura tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini sebab sebagai tuan rumah, mereka berhak membuat keputusan.
“Saya memikirkan nasib pemain ini, selepas dua tahun bersama dan berjaya membuktikan keupayaan, sepatutnya mereka melangkah ke tahap lebih tinggi. Kenapa FAM tidak dapat berbuat sesuatu? “Apa hala tuju pemain ini? Mereka ini adalah pemain yang bakal mewakili negara ke Sukan Sea 2011 dan tahun ini adalah tahun terbaik untuk mereka mencari pengalaman dan memantapkan permainan masing-masing.
“Kalau kami dapat beraksi dalam Liga Super, sekurang- kurangnya kami akan dapat bermain dalam 26 perlawanan liga, serta Piala FA dan mungkin juga Piala Malaysia,” kata Azraai.
Jika kata-kata beliau diteliti, beliau memang orang paling layak untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya itu dan ketika persoalan berkenaan diajukan kepada FAM, Penolong Setiausaha Agung, Ahmad Fuad Daud berkata semua perkara membabitkan Harimau Muda A akan dibincangkan di dalam mesyuarat exco, Ahad ini.
“Kita akan bincangkan semuanya dalam mesyuarat exco yang akan berlangsung, Ahad ini. Buat masa ini, mereka (Harimau Muda A) akan menjalani latihan serta sebanyak mungkin pertandingan di luar negara.
“Memang peluang untuk mereka menyelit di dalam Liga Super sudah tidak ada. Ia sesuatu yang mustahil.
“Pertandingan terdekat untuk Harimau Muda A ialah Piala Obama yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, bulan depan,” katanya.
Oleh Lokman Zainal Abidin dan Aziman Rosdi lockman@nstp.com.my PEMBANGUNAN bentuk apakah yang cuba dilakar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap skuad pelapis negara, Harimau Muda A yang kini tidak ubah seperti merempat di tanah air sendiri selepas permohonan mereka untuk menyertai Liga-S 2010 ditolak.
Tidak siapa tahu apakah nasib pemain muda negara dalam skuad yang pernah gah menjulang gelaran selaku Juara Liga Perdana musim lalu itu dan kesinambungan terhadap kecemerlangan yang dipamerkan, seakan-akan mati begitu saja.
Selepas kelibat mereka dalam Liga-S ditolak Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), mana lagi hala tuju skuad bimbingan ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah itu kerana adalah sesuatu yang mustahil untuk menyelitkan pasukan itu di dalam saingan Liga-M yang sedang berlangsung.
Segala-galanya tampak tidak menjadi buat Harimau Muda A dan Azraai Khor mengakui semangat anak buahnya kini sudah luntur gara-gara khabar yang dihadirkan negara Seberang Tambak Besar itu, kelmarin.
“Pemain-pemain saya nak tahu apa nasib mereka. Selepas menjuarai Liga Perdana musim lalu, kenapa hak mereka untuk beraksi dalam Liga Super, dinafikan. Kami seperti merempat di tempat sendiri.
“Saya sungguh kecewa. Liga-S adalah satu-satunya harapan dan pentas terbaik untuk anak buah saya meningkatkan prestasi selepas kami diketepikan dalam Liga Super. Moral pemain kini hancur apabila mereka mendapat tahu tidak dapat bermain dalam Liga-S.
“Saya tidak tahu apa yang patut dilakukan sekarang, sepatutnya soalan itu anda kena ajukan kepada FAM. Mungkin kalau kita buat keputusan lebih awal, kita ada harapan bermain di Liga-S. Singapura tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini sebab sebagai tuan rumah, mereka berhak membuat keputusan.
“Saya memikirkan nasib pemain ini selepas dua tahun bersama dan selepas membuktikan keupayaan, sepatutnya mereka melangkah ke tahap lebih tinggi. Mengapa FAM tidak dapat melakukan sesuatu? “Apa hala tuju pemain ini? Mereka ini adalah pemain yang bakal mewakili skuad negara ke Sukan Sea 2011 dan tahun ini adalah tahun terbaik untuk mereka mencari pengalaman dan memantapkan permainan masing-masing.
“Kalau kami dapat beraksi dalam Liga Super, sekurang-kurangnya kami akan dapat bermain dalam 26 perlawanan liga, serta Piala FA dan mungkin juga Piala Malaysia,” kata Azraai Khor.
Jika dikaji secara teliti, Azraai Khor memang orang yang paling layak untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya itu dan ketika persoalan berkenaan diajukan kepada FAM, Penolong Setiausaha Agung, Ahmad Fuad Daud berkata, semua perkara membabitkan isu Harimau Muda A akan hanya dibincangkan di dalam mesyuarat exco, Ahad ini.
“Kita akan bincangkan semuanya dalam mesyuarat exco yang akan berlangsung, Ahad ini. Buat masa ini, mereka (Harimau Muda A) akan menjalani latihan serta sebanyak mungkin pertandingan di luar negara.
“Memang peluang untuk mereka menyelit di dalam Liga Super sudah tidak ada. Ia adalah sesuatu yang mustahil. Pertandingan terdekat untuk Harimau Muda A ialah Piala Obama yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat, bulan depan,” katanya.
No comments:
Post a Comment