Pages

Tuesday, January 19, 2010

Potong Jangan Tak Potong.


Iklan potong-potong yang begitu popular kebelakangan ini benar-benar mempengaruhi kerajaan pusat apabila kerajaan UBN turut bertindak memotong beberapa peruntukan jabatan-jabatan kerajaan mulai awal tahun ini.

Pertama yang mendapat reaksi negatif apabila kempen potong-potong ini dilaksanakan oleh kerajaan UBN ialah ibubapa dan murid-murid di asrama penuh (SBP) apabila pihak Kementerian Pelajaran mengurangkan peruntukan dari RM27 bilion kepada RM25 billion bagi peruntukan sekolah-sekolah yang mempunyai asrama terutama Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Kerajaan Umno/ Barisan Nasional (UBN) ini yang tidak prihatin apa yang patut diutamakan dalam kebajikan rakyat jelata. Tindakan seperti ini memperjudikan nasib pelajar kerana kebanyakan pelajar yang tinggal di asrama adalah pelajar luar bandar dan ada juga merupakan pelajar terpilih kerana potensi mereka memberangsangkan.

Malaysia negara kaya dengan pelbagai sumber negara.Bandingkanlah dengan Singapura yang jauh lebih maju daripada kita.Ini menunjukan bahawa para pemimpin UBN tidak pandai mentadbir negara.

Menurut kata seorang rakan, Jabatan-jabatan kerajaan juga mengalami peruntukan yang terhad.Khabarnya, mereka sekadar menerima 25% sahaja peruntukan daripada kebiasaannya.

Jumlah sebanyak itu, menurut kata rakan saya itu hanya cukup bagi peruntukan barang perolehan.Katanya lagi, untuk membuat tuntutan amat tidak mencukupi.Sudah tentu akan kecuh tidak lama nanti sebab peruntukan perjalaan adalah keperluan bagi mereka yang terpaksa keluar bagi melaksanakan tugas pemantauan dan sebagainya.

Tindakan potong-potong ini perlu kita lakukan terhadap UBN dalam pilihanraya ke-13 nanti.Mesti potong-potong itu UBN

No comments:

Post a Comment