Saturday, February 27, 2010

cepat bagi kat adik beradik hangpa,,, best ni!!!

MCA Tawar 2,000 Belia Lawat Shanghai Secara Percuma

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Pemuda MCA hari ini mempelawa belia Malaysia memohon kepada parti itu untuk mengikuti lawatan ke Shanghai, China, bagi menyaksikan "World Expo 2010 Shanghai China" pada Mei hingga Oktober ini.

Ketuanya Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pergerakan itu menyediakan dua pakej berharga RM2,600 untuk belia bekerja dan RM2,400 untuk belia yang masih menuntut bagi mengunjungi ekspo itu yang dijadualkan berlangsung mulai 1 Mei hingga 31 Okt ini.

Wee, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berkata sebanyak 2,000 tempat disediakan untuk belia berusia di bawah 45 tahun menyertai lawatan lapan hari anjuran pergerakan itu dan pendaftaran adalah berdasarkan "siapa dahulu, dia dapat".

"Kita galakkan remaja, graduan, mahasiswa serta ahli persatuan belia untuk menyertai lawatan ini.

"Saya juga menggesa Pemuda MCA supaya mengambil inisiatif mempelawa belia Melayu dan India kerana kita tiada kekangan bangsa...(untuk menyertai lawatan ini)," katanya selepas merasmikan program "Jom Menjelajah Dunia di World Expo 2010 Shanghai China" di sini.

Wee berkata antara objektif lawatan itu ialah untuk membuka minda belia terhadap langkah-langkah yang sedang dijalankan oleh pelbagai pihak di luar negara dalam menangani isu alam sekitar terutamanya di bandar-bandar besar bersesuaian dengan tema ekspo itu "Better City, Better Life."

Pendaftaran untuk lawatan itu dibuka mulai hari ini dengan sasaran membawa sebanyak 10 kumpulan ke Shanghai sepanjang Mei hingga Oktober di mana setiap kumpulan mengandungi 200 belia.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Biro Pemuda MCA di talian 03-89412718 atau 014-3245027, e-mel 1youthmy@gmail.com atau laman web www.shanghaiexpo.1youth.my

No comments:

Post a Comment