Pages

Thursday, February 25, 2010

salam takziah!!! (dari Mstar)

Bekas Pembaca Berita Terkenal RTM, Datuk Chek Hashim Embi Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Bekas pembaca berita terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Chek Hashim Embi meninggal dunia pada pukul 10.57 pagi tadi akibat kanser prostat.

Anak perempuannya, Shuhada memaklumkan perkara tersebut kepada mStar Online sebentar tadi.

TERDAHULU:

PETALING JAYA: Bekas pembaca berita terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Chek Hashim Embi sedang berada dalam keadaan nazak akibat kanser prostat.

Anak perempuannya, Shuhada berkata, ayahnya yang sebelum ini dirawat di Hospital Sri Manjung, Perak kini ditempatkan di rumah kakaknya.

Katanya, ayahnya bergantung kepada sistem sokongan hidup dengan oksigen.

"Dia sangat lemah sekarang kerana kanser prostat yang dihidapi ayahnya telah merebak ke seluruh badan menerusi tulangnya.

"Kami terpaksa membuat keputusan menanggalkan sistem sokongan tersebut sejak semalam," katanya kepada mStar Online hari ini.

Hashim memulakan kerjayanya di RTM pada tahun 1965 sebagai Pembantu Siaran RTM Pulau Pinang.

Pada tahun 1982, beliau ditugaskan sebagai penyampai berita televisyen selama kira-kira 20 tahun sebelum dilantik Pengarah Penyiaran RTM Negeri Pahang pada 1999.

Beliau telah berkhidmat di RTM selama 35 tahun.

No comments:

Post a Comment