Pages

Friday, February 26, 2010

yg lebih pun makan tak abih....>>Thaksin

Mahkamah Thai Perintah Supaya Dirampas 46.3 Bilion Baht Aset Thaksin

BANGKOK, 27 Feb (Bernama) -- Mahkamah Agung Thai pada Jumaat memutuskan bahawa bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra telah menyalahgunakan kuasa semasa tempoh beliau memegang jawatan itu dengan memihak kepada urusan perniagaan syarikatnya dan memerintahkan supaya dirampas 46.3 bilion Baht (RM4.7 bilion) daripada 76.6 bilion Baht (RM7.8 billon) aset yang dibekukan milik beliau dan keluarganya.

Bahagian Jenayah bagi Penjawat Jawatan Politik di Mahkamah Agung di sini selesai membacakan penghakiman selama tujuh jam setengah pada 9 malam (10 malam waktu Malaysia).

Bagaimanapun, mahkamah tidak menyatakan sama keputusan itu dicapai sebulat suara atau merupakan keputusan majoriti yang dibuat oleh panel sembilan hakim.

Mahkamah Agung memutuskan supaya dirampas hanya sebahagian daripada keseluruhan aset yang dibekukan itu di mana mahkamah mendapati ia diperoleh semasa tempoh Thaksin memegang jawatan Perdana Menteri selama dua penggal antara 4 Feb 2001 dan sebelum beliau disingkirkan pada 19 Sept 2006.

Adalah tidak adil untuk mahkamah merampas aset yang diperoleh sebelum Thaksin menjadi Perdana Menteri, kata mahkamah. Panel hakim itu sebulat suara memutuskan bahawa Thaksin dan isterinya (kini telah berpisah) Khunying Potjaman, masih memegang saham dalam beberapa syarikat ketika beliau merupakan Perdana Menteri.

Majoriti hakim bersetuju bahawa Thaksin telah menggunakan kuasa politiknya untuk faedah syarikat kepunyaan beliau semasa tempoh memegang jawatan.

Pelarasan caj perayauan yang dibayar oleh syarikat AIS milik Thaksin kepada Telephone Organisation of Thailand dihitung untuk memihak kepada AIS.

Mahkamah turut memutuskan secara majoriti bahawa kadar pelarasan bagi industri telekom dirangka untuk memihak kepada Shin Corp, juga dimiliki oleh Thaksin.

Sebahagian besar daripada hakim berkenaan bersetuju bahawa Thaksin menyalahgunakan kuasanya untuk memanfaatkan Shin Corp dalam perniagaan satelit. Sebuah satelit yang dimiliki oleh Thaksin memperoleh manfaat daripada pindaan dalam peraturan konsesi satelit.

IPStar atau ThaiCom4 dibina untuk syarikat Shin Satellite kepunyaan Thaksin yang kemudiannya dinamakan sebagai ThaiCom Plc. Shin Corp, memegang majoriti saham dalam ThaiCom.

Sebahagian besar hakim itu turut bersetuju bahawa Thaksin telah menyalahgunakan kuasanya demi faedah Shin Corp dengan meluluskan pinjaman Exim Banks berjumlah 4 bilion Baht kepada Myanmar mengikut terma konsesi yang menentukan supaya pembayaran dibuat bagi perkhidmatan yang disediakan oleh ThaiCom.

Hartawan Thaksin, yang kini hidup dalam buangan, dan keluarganya, tidak hadir di mahkamah ketika keputusan dibacakan.

Keadaan keselamatan terkawal sehingga kini dan tiada insiden tidak diingini yang dilaporkan.

No comments:

Post a Comment