Pages

Sunday, February 7, 2010

Skrip kartun perak....

Kronologi krisis politik Perak

Berikut adalah kronologi krisis politik di Perak yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Mahkamah Persekutuan dijadual membuat keputusan Selasa berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah iaitu antara Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (Pakatan Rakyat).

17 Mac 2008: Mohammad Nizar, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

25 Jan 2009 : ADUN Bota dari BN, Nasruddin Hashim mengistiharkan menyertai PKR.

27 Jan 2009 : ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering tidak dapat dihubungi.

1 Februari 2009: Speaker DUN Perak, V Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua Adun PKR nafi meletakkan jawatan.

3 Februari 2009: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

4 Februari 2009: Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga Adun dari PKR dan seorang Adun dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi Adun Bebas yang menyokong BN. Bermula dekit hitam satu rampasan kuasa di negeri Perak.

BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala tiga lagi Adun adalah ahli Bebas.

5 Februari 2009: Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Ahli Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.

6 Februari 2009: Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008.

BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Pada hari yang sama berlaku satu himpunan rakyat selepas sembahyang Jumaat yang cuba menghalang upacara mengangkat sumpah di hadapan Mesjid Ubudiah Bukit Chandan Kuala Kangsar. Ada dikalangan mereka yang sanggup tidur diatas jalan bagi menggagalkan kerja jahat BN itu. Tembakan gas pemedih mata dilakukan oleh pasukan keselamatan termasuklah yang berlidung didalam mesjid bagi menyuraikan yang berhimpun tanpa belas kasihan.

13 Februari 2009: Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

19 Februari 2009 : Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dipengerusikan oleh V. Sivakumar telah menggantung Menteri Besar Kudeta, Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

3 Mac 2009 : Sidang bawah pokok menggemparkan sistem demokrasi dunia, setelah ADUN Pakatan Rakyat yang dipanggil secara sah oleh Speaker V. Sivakumar dihalang mamasuki dewan untuk bersidang. Rentetan dari itu pokok itu telah diistiharkan oleh Pakatan Rakyat sebagasi Pokon Demosrasi.

6 Mac 2009: Hakim Mahkamah Tinggi, Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

23 Mac 2009: Mahkamah Persekutuan memutuskan supaya kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

3 April 2009: Mohammad Nizar diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lalu adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

18 April: Speaker Dun Perak, V Sivakumar menggantung sekali lagi tugas Setiausaha Dun Perak, Abdullah Antong Sabri selepas Abdullah memanggil sidang Dun tanpa pengetahuan beliau sebagai speaker.

Sebelum itu Abdullah digantung selepas mengeluarkan kenyataan panggilan sidang Dun 3 Mac yang dibuat oleh Sivakumar tidak sah.

7 Mei 2009 : Sidang kecoh dengan campurtangan lebih 300 orang pasukan keselamatan yang berlaku dengan agenda jahat BN bagi merampas kerusi Speaker dengan mengangkat Sivakumar keluar dewan secara paksa serta melantik Ganesan sebagai Speaker yang haram kerana tidak memenuhi peruntukan undang-undang yang sedia ada.

11 Mei 2009: Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

11 Mei 2009 : 10.30 malam DS. Nizar berada dihadapan Istana kinta untuk memohon mengadap bagi mendapat perkenan pembubaran DUN Perak . Pada malam yang sama satu Mesyuarat Exco diadakan di kediaman Rasmi DS. Nizar dan memutuskan beberapa perkara antaranya mengantung tugas SUK, Abd. Rahman Hashim dan dipangku sementara oleh Pegawai Kewangan Negeri, Jamaluddin Al Amini.

12 Mei 2009 : DS. Nizar kembali bertugas di Pejabat Menteri Besar Perak.

12 Mei 2009: Setelah menfailkan pada jam 10.45 pagi, pada jam 11.45 mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan mahkamah Tinggi. Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi. DS. Nizar mengosongkan pejabat MB.

22 Mei 2009: Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

19 Jun 2009: Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

2 September 2009 : Speaker Perak V. Sivakumar memanggil satu sidang DUN namun dia dan semua ADUN PR dihalang untuk memasuki dewan dan mereka berundur dan sidang diterukan di sebuah hotel di bandaraya Ipoh

28 Oktober 2009 : Sidang yang dipanggil oleh Speaker haram Ganesan menyaksikan insiden merampas baju Speaker Sivakumar dan Sidang Haram meluluskan bajer haram.

5 November 2009: Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang menangguhkan keputusan kes kepada satu tarikh yang dimaklumkan kemudian.

Setelah menunggu lebih dari 3 bulan maka pada 9 Februari 2010 Mahkamah Persekutuan baru akan mengumumkan siapakah MB Perak yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment