Sunday, February 28, 2010

steady arr, bad,,,

Rajagobal: Kami masih ada kelemahan


BADROL (kiri) menjaringkan gol kemenangan pada aksi menentang Yemen kelmarin.


MASIH banyak yang perlu dipelajari."

Itu reaksi jurulatih skuad bola sepak bawah 23 negara (B-23), K. Rajagopal selepas perlawanan persahabatan menentang Yemen kelmarin.

Pada perlawanan tersebut skuad negara berjaya mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Yemen pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Barisan pemain yang saya turunkan pada perlawanan ini rata-ratanya adalah pemain muda.

"Yemen merupakan sebuah pasukan yang menghuni ranking lebih baik daripada Malaysia dan ini adalah satu pendedahan yang berguna buat pemain-pemain muda negara bagi menguji prestasi mereka.

"Walaupun kami berjaya mencatatkan kemenangan malam ini (kelmarin), namun masih banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi oleh pemain-pemain ini bagi mempamerkan aksi sebenar mereka," jelas Rajagopal.

Mengulas mengenai perlawanan kelmarin, Rajogopal berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan skuad kendaliannya itu.

"Pada perlawanan tersebut, saya mengarahkan pemain-pemain untuk mengamalkan corak permainan pantas dan hasilnya kita dapat lihat beberapa peluang terbaik untuk mencipta jaringan namun nasib tidak menyebelahi kita.

"Saya puas hati melihat kerja keras yang dipamerkan oleh skuad muda negara ini kerana berjaya mengekang segala asakan daripada pihak lawan dan disebabkan itu kita berjaya menjaringkan satu gol.

"Aksi persahabatan ini juga akan saya jadikan sebagai medan untuk melakukan pemilihan pemain bagi mewakili negara dalam beberapa kejohanan terutamanya Sukan Asia di China, November depan," katanya.

Sementara itu, jurulatih Yemen, Juricic Srecko menganggap faktor cuaca menyebabkan skuad kendaliannya itu gagal untuk beraksi dengan baik.

"Perlawanan dengan Malaysia adalah sesuatu yang berguna buat kami sebelum kami dijadual berdepan Hong Kong dalam aksi kelayakan Piala Asia selepas ini.

"Ia adalah sukar buat kami kerana terpaksa bermain dalam keadaan cuaca yang hujan dan padang basah kerana kami sudah lama tidak bermain dalam situasi begitu.

"Kedua-dua pasukan mahukan kemenangan namun sepakan percuma yang diperolehi Malaysia telah disempurnakan dengan baik sekaligus mencipta kemenangan," kata Srecko.

Pada aksi kelmarin, Badrol Bakhtiar muncul wira negara apabila berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan percuma yang diambilnya pada minit ke-55.

No comments:

Post a Comment