Pages

Friday, March 5, 2010

Hnag pa jaga!! puak2 ni bantu bagi perabih bleh la!!

Malaysia Boleh Bantu Industri Minyak Dan Gas Ghana

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam penerokaan minyak dan gas di Ghana dengan menyediakan pembangunan sumber manusia dan kepakaran teknikal, kata Pesuruhjaya Tinggi Ghana ke Malaysia Daniel Kwasi Abodakpi.

Beliau berkata Ghana boleh mempelajari banyak dalam sektor minyak dan gas daripada Petronas dan mengekalkan kerjasama yang baik pada masa akan datang.

"Saya telah menemui pegawai tertinggi Petronas dan membincangkan untuk mencari jalan dalam mengadakan kerjasama antara Petronas dan Perbadanan Petroleum Nasional Ghana," katanya kepada Bernama selepas melancarkan laman web baru pejabat Pesuruhjaya Tinggi itu di Malaysia di sini Jumaat malam.

Alamat laman web itu ialah www.ghanacomkl.org.my

Pelancaran itu sempena dengan Hari Kemerdekaan Ghana ke-53 Sabtu. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay.

Sementara itu, Pillay yang mewakili kerajaan Malaysia menyampaikan ucapan tahniah kepada Ghana kerana sambutan Hari kemerdekaan itu.

Katanya Malaysia dan Ghana mempunyai hubungan yang begitu akrab kerana pemimpin kedua-dua negara sering mengadakan lawatan ke negara masing-masing.

Beliau turut menyarankan syarikat-syarikat di Malaysia untuk melabur di Ghana kerana ia menyediakan pelbagai peluang pelaburan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment