Pages

Saturday, March 27, 2010

klau approve mungkin UMNO tumbang,,,,

Pertaruhan bola di Malaysia berkemungkinan mendapat “lampu hijau” jika permohonan daripada Kumpulan Berjaya diluluskan.

Di fahamkan bahawa Kumpulan Berjaya kini sedang memohon daripada kerajaan untuk mendapatkan lesen bagi membolehkan pertaruhan bolasepak diiktiraf dan disahkan. Jika ini berlaku maka ia merupakan yang pertamanya di Malaysia di mana pertaruhan bolasepak adalah sah!

Ini bukan kali pertama Kumpulan Berjaya memohon lesen ini dan difahamkan pada tahun Oktober 2004, mereka telah mendapat kelulusan oleh Kementerian Kewangan pada Jun 2003 dimana satu konsensi bernilai RM25 juta selama 20 tahun telah dipersetujui. Walaubagaimanapun, Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Abdullah Badawi membatalkan kelulusan tersebut kerana beliau tidak mahu membenarkan pertaruhan bolasepak secara sah diadakan di Malaysia.

Nilai keseluruhan industri judi secara sah dan tidak sah di Malaysia ketika ini bernilai RM1.7 billion.

Apakah pandangan anda tentang isu ini?

No comments:

Post a Comment