Pages

Saturday, March 27, 2010

Semoga MU bungkuih,, ,jgn panas hah,,,,

Rooney mungkin direhatkan.

Wayne Rooney mungkin akan direhatkan untuk kunjungan ke Bolton, sabtu ini. Ini adalah kerana kecederaan buku lalinya semakin bertambah teruk.

Rooney yang cedera buku lalinya sebelum perlawanan akhir Piala Carling dan Ferguson telah merehatkannya di bangku simpanan dengan meletakkan Berbatov dan Owen di hadapan. Namun, Rooney terpaksa menggantikan tempat Owen yang mengalami kecederaan pada minit ke-30.

Setelah perlawanan penting itu, Rooney yang belum sembuh sepenuhnya bermain pula untuk England menentang pada perlawanan persahabatan yang lalu. Digantikan pada minit ke-86, menjadikan dia pemain England yang paling lambat ditukarkan pada perlawanan tersebut.

Kini, sudah pasti Fabio Capello amat risau dan pasti akan sentiasa memantau permata England itu memandangkan Rooney merupakan tonggak penting The Three Lions.

*ada yang cakap, kalau takde Rooney, habislah England. pendapat korang??

No comments:

Post a Comment