Pages

Thursday, March 11, 2010

LUAHAN PERASAAN SEORANG KETUA PEMUDA







Maruah hanya boleh dikembalikan dengan keluar Barisan Nasional, demikianlah pandangan Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, sambil menambah "kini masa terbaiknya untuk Gerakan keluar dari BN."


"Seandainya keluar BN selepas PRU, atau ketika gambar Koh Tsu Koon yang juga Presiden Gerakan dikoyak, maka akan dituduh sebagai tindakan yang didorong emosi, atau bagaikan kacang lupakan kulit.


Saat-saat itu bukanlah masa terbaik untuk meninggalkan BN," katanya.

Beliau menyambung, "Kini, setelah dua tahun bertenang, dan sudah jelas keadaannya, maka perlulah kita meninggalkan BN secara berstrategi. Alasannya, senario tidak berubah, BN juga tidak berubah. Sudah tiba masanya untuk tinggalkan BN."




Demikianlah kata-kata yang diluahkan oleh Lim Si Pin.



Baru-baru ini, BN Bahagian Batu yang asalnya di Pengerusikan Gerakan, diambil alih oleh Ketua UMNO Bahagian Batu, Yahya Mat Ghani. Perkembangan ini memberi isyarat bahawa BN mungkin meletakkan calon UMNO di Batu, lebih-lebih lagi Tian Chua kini disabit dengan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM3,000, yang mungkin memberi laluan kepada PRK, seandainya rayuannya tidak diterima.




Bagaimanapun, Lim Si Pin menganggap dirinya masih berpeluang untuk bertanding di Batu, seandainya UMNO menghormati "semangat bermusyawarah" dalam BN.

No comments:

Post a Comment