Friday, March 26, 2010

Naik ,, jgn tak naik,,, baru sejuk sikit,,,,

BUTTERWORTH 26 Mac – Pengusaha kilang ais kiub di wilayah utara akan menaikkan harga jualan ais kepada RM3.50 mulai 1 April ini berikutan kenaikan kos penyelenggaraan.

Presidennya, Abdullah Ahmad berkata, sebelum ini, harga yang ditawarkan adalah RM2 hingga RM2.50 bagi setiap beg berisi kira-kira 15 kilogram ais kiub.

"Sebelum ini kita menawarkan harga murah sejak tahun 2008 hingga sekarang kerana memberi diskaun kepada pembeli terutama peniaga kedai makanan.

"Ia juga sebagai satu strategi pemasaran. Bagaimanapun mulai 1 April ini, harga ais akan kembali pada harga asal iaitu RM3.50 sama seperti harga sebelum diskaun sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sepanjang memberi diskaun, 16 buah kilang di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak terpaksa menanggung sehingga 50 peratus kenaikan kos penyelenggaraan.

"Kita terpaksa naikkan harga ais kiub kerana peningkatan kos penyelenggaraan terutama pengangkutan iaitu lori yang digunakan untuk menghantar ais kepada pelanggan,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment