Pages

Friday, March 26, 2010

tarrak pa pa yea,,

'istana' tidak jejas pentadbiran K'tan



'Krisis' yang melanda Istana Kelantan sekarang tidak memberi kesan secara langsung kepada pentadbiran kerajaan negeri, kata exco Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, walaupun Sultan Kelantan dan Pemangku Raja berhak ke atas lantikan pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPNK), kerajaan negeri tidak terlibat secara langsung dengan istana.

"Kita (kerajaan negeri) tidak terlibat secara langsung dengan istana," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya lanjut, beliau berkata isu perlantikan raja-raja di negeri itu juga tidak membabitkan perkhidmatan kerajaan.

"Secara langsung tidak ada kesan kepada perkhidmatan kerajaan. Sesiapa pun jadi raja, kerajaan tetap berfungsi. Dari segi pentadbiran tidak ada masalah kerana bawah SPNK tidak ada kena mengena dengan raja atau pemangku raja," katanya lagi.

Semalam, kemelut istana Kelantan dilaporkan terus meruncing apabila Sultan Kelantan didakwa telah melucutkan jawatan Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Diminta menjelas bidang kuasa SPNK, Takiyuddin berkata, pengerusi SPNK - kini disandang oleh Datuk Ismail Mohd Noor - berkuasa penuh ke atas pelantikan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri itu.

"(Fungsi) suruhanjaya ini serupa seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ia berperanan melantik pegawai di peringkat tertinggi hinggalah ke peringkat paling rendah dalam pentadbiran kerajaan," ujarnya lagi.

Tambahnya, tempoh pelantikan pengerusi suruhanjaya berkenaan juga tidak ditetapkan.

"Ada yang tempoh satu tahun, ada yang dua tahun. Mana-mana raja yang buat pelantikan itu, bila tiba masa, dia boleh buat. It bergantung, tidak semestinya setahun," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment