Pages

Wednesday, March 10, 2010

Penduduk belasah tiga Awang Hitam


( Gambar : SALAH satu unit apartmen di Flora Damansara inilah seorang pelajar kolej diperkosa tiga Awang Hitam semalam. )

PETALING JAYA - Tiga lelaki warga Afrika sempat dibelasah penduduk apartmen Flora Damansara, Damansara Perdana di sini selepas didakwa memperkosa seorang pelajar kolej swasta di tingkat sembilan apartmen tersebut malam kelmarin.

Ketiga-tiga Awang Hitam itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan parah ketika bergelut dengan penduduk untuk melarikan diri.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk apartmen tersebut, Abdul Hakim Abdul Wahab, beberapa penduduk yang menyedari kejadian tersebut pada pukul 11.30 malam bertindak pergi ke rumah suspek dan melihat mangsa sedang menangis.

"Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak berbaju di rumah tersebut dan memberitahu dia telah dirogol sebanyak tiga kali.

"Ketiga-tiga suspek yang takut dengan kehadiran penduduk cuba melarikan diri tetapi sempat dikepung sebelum berlaku pergelutan dengan penduduk dalam usaha menangkap mereka," ceritanya. - Kosmo

No comments:

Post a Comment