Pages

Monday, March 22, 2010

Umno terleka dengan Anwar

Bangsa Umno pimpinan Najib sekarang ini telah gagal meneruskan tradisi yang sepatutnya dihadham dengan baik di zaman Mahathir berkuasa dulu. Mereka terlalu pandang enteng terhadap susuk yang bernama Anwar bin Ibrahim ini. Aura yang ada padanya gagal dihitumg lalu mereka memandang rendah siapa itu Anwar.

Kalau kita lihat dahulu dizaman Mahathir bermaharajalela, Anwar telah dinafikan dan seboleh bolehnya dibisukan terus dari bersuara. Mahathir tahu keupayaan Anwar. Setiap siksaan yang dilalui Anwar dari Mahathir bukan saja bagi membisukan Anwar tapi juga sebagai pengiktirafan tertinggi dari seorang penzalim terhadap keupayaan lawan yang tidak terlawan olehnya.

Inilah kesilapan bangsa Umno pimpinan Najib. Mereka gagal belajar dari Mahathir cara cara membendung Anwar dari berkata kata. Mereka seolah olah telah dipaksa untuk berselesa membiarkan Anwar berbicara.

Terbaru Anwar Ibrahim telah diberi masa seminggu oleh BNBBC untuk buat penjelasan "One Israel" dan kaitannya dengan APCO Worldwide. APCO Worldwide telah dilantik Najib menyelaraskan perkhidmatan komunikasi menyeluruh terhadap kerajaan Malaysia. Dan Anwar pula mendakwa APCO ini pernah berkhidmat untuk Piem Israel Ehud Barak pada 1999.

Susuk yang bernama Anwar telah melalui tinggi rendah dalam politik negara, masam manis sebagai politikus dan pahit maung sebagai pemimpin. Setiap katanya berfakta. Memberi peluang dia bercakap bererti meletak lawannya dikawah panas. BNBBC hanya membuang masa atau sekadar statement bodek saja sekiranyalah amaran mereka bertujuan menggerunkan Anwar dengan harapan Anwar menarik balik cercaan keatas slogan 1Malaysia Najib.

"Saya akan beri penjelasan, dan penjelasan ini akan dibuat berdasarkan respon Perdana Menteri pada 18 Mac," kata Anwar dengan merujuk kepada jawapan bertulis Perdana Menteri Najib Abdul Razak yang mengakui bahawa APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi menyeluruh.

"Saya akan beri penjelasan, kerana APCO sememangnya berada di Israel pada masa itu. Mereka dibayar untuk menafikan perkara ini, tetapi saya akan tunjukkan fakta," tegas beliau merujuk kepada penafian syarikat itu.

"Saya juga mahu menuntut penjelasan siapa itu APCO, berapa kerajaan bayar kepada mereka dan apa peranan APCO dalam komunikasi dan apakah nasihat mereka kepada pelbagai kementerian, terutamanya kementerian-kementerian strategik," tambah beliau.

No comments:

Post a Comment