Monday, March 22, 2010

Parah dah ni,, he he he

MCA sudah parah, kata Setiausaha Agung PAS
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan apa yang berlaku dalam MCA sekarang adalah terlalu teruk dan ia amat parah.

"Jika sudah sampai ke peringkat orang yang sudah bersara terpaksa bertanding kembali, ia sudah parah dan sukar untuk diperbetulkan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan agar MCA meletakkan syarat supaya jika tidak ada mana-mana pihak yang bertanding untuk jawatan presiden MCA mendapat lebih dari 50 peratus undi, undian semula perlu dibuat dengan cara membuang calon yang paling rendah undi.

Ini untuk membolehkan satu calon yang betul-betul mendapat sokongan majoriti ahli dipilih sebagai pemimpin, katanya.

"Amalan ini sememangnya dibuat di tempat-tempat lain khasnya pertandingan untuk jawatan presiden sesebuah negara," kata beliau.

Mustafa berkata demikian kepada wartawan selepas melancarkan laman web English Harakahdaily.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat bukan sahaja terpaksa berdepan dengan pertandingan tiga penjuru bahkan juga terpaksa berdepan dengan media BN yang nampaknya cenderung untuk memilih Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai presiden baru MCA.

Tee Kiat akan berdepan dengan Chua Soi Lek yang pernah diserang kerana melakukan hubungan sex tanpa perkahwinan dan juga bekas presiden MCA yang sudah berundur sebelum ini, Datuk Seri Ong Ka Ting.

Untuk jawatan timbalan presiden pula, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan berdepan satu lawan satu dengan Datuk Kong Cho Ha.

Manakala itu, 10 calon akan bertanding merebut empat kerusi Naib Presiden MCA. Mereka adalah Khoo Keok Hai, Chor Chee Heung, Ng Yen Yen, Yap Pian Hon, Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu, Yew Teong Look, Wong Siong Hwee, Lim Siang Chai, Yeow Chai Thiam dan Loke Yuen Yow.

Demikian diumumkan oleh MCa petang ini. Untuk jawatan AJK, 86 calon telah bertanding.

1 comment:

  1. setiap parti politik pasti ada masalah dalaman diorang ...

    ReplyDelete