Pages

Friday, April 2, 2010

Acara kencing rakyat sudah bermula,,, jgn anda terkena hancingnya,,,

tradisi menipu pengundi dan rakyat....Projek mee segera mencurah-curah di Hulu Selangor

Umno-BN ternyata sudah tandus dan kering modal setiap kali menghadapi suasana pilihanraya. Sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Setiap kali pilihanraya mereka mula menabur janji dan 'merasuah' pengundi dengan projek-projek mee segera. Istilah yang dipopularkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia sendiri yang dikatakan menyebabkan rakyat muak dan meluat kepadaUmno-BN.

Apa yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia dalam kempen politik di Hulu Selangor hari ini menunjukkan Umno masih lagi beranggapan rakyat di Malaysia masih dungu dan jahil yang akan termakan umpan apabila ditaburkan dengan projek pembangunan.

Bertempat di SMK Sains Hulu Selangor hari ini beliau seakan-akan memulakan pesta projek mee segera dengan berjanji bahawa kerajaan 1Malaysia akan membina empat sekolah iaitu tiga sekolah rendah dan sebuah sekolah rendah.

Lebih memualkan beliau dengan muka tak tahu malu secara terang-terangan meminta kira-kira 500 guru yang dikerah ke majlis berkenaan supaya mengundi BN dalam pilihanraya kecil akan datang.

Tidak cukup dengan itu, dalam lawatan di Kampung sentosa beliau dengan rasa 'murah hati' menjanjikan RM 2 juta bagi mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan. Sikap 'murah hati' diteruskan dengan menghadiahkan masjid As-Sajdin peruntukan serta merta RM 100 ribu. Sungguh hebat sikap pemurah dan baik hati kerajaan 1Malaysia.

Saya yakin ini semua cuma mukadimah, selepas ini mungkin pak cik mak cik yang dah tak ada gigi dapat subsidi gigi palsu. Jamban yang nak runtuh akan digantikan dengan jamban batu. Titi batang kelapa akan digantikan dengan jambatan besi keluli.

Selepas ini juga pak cik mak cik di Hulu Selangor tak perlu gaduh-gaduh dan bising-bising jalan becak atau berlubang kerana pastinya kerajaan 1Malaysia bersedia untuk buat jalan tar sehingga depan muka pintu!

3 comments:

  1. yew ker? tapi bagi kina lah kan... byk baik dari buruknya. kalau x kerana kerajaan kita pun x dpt keselesaan mcm hari ini. so x yah pening2 pale. mana tahu ape yg awk tulis nih x betul ker? betul2 ada bukti ke? x bek taw...

    ReplyDelete
  2. amboi hang ..powernya hang beletiaq . .hang ada bukti ka ? ? takut satgi jadi fitnah..free2 ja hang dapat dosa..hang mau ka?? yang aku tau kerajaan yang hang dok kutuk ni la yang banyak membantu . apa - apa pun hang xpayah la nak kutuk2 kerajaan . xbaguih .

    ReplyDelete
  3. kerajaan la ni baguih,,
    minyak naik mahai,, saya suka kerajaan sekarang,,
    esok naik la lagi,,, lagi naik lagi saya sokong,, naik semua sekali,, beras gua,,kopi,, kunyit,,gas,, >>>> penyokong tegar UMNGGOK<<<,

    ReplyDelete