Pages

Friday, April 2, 2010

klau ada yg meninggal,, ada la habuan utk rakyat,, tapi tetap pangkah.. he he he

BERKAT pemerintahan kerajaan PR Selangor, nilai sesebuah kawasan di seluruh negeri Selangor amat tinggi. Itulah yang dikatakan kerana berkat pimpinan yang jujur dan telus, rezeki dari langit datang mencurah secara tiba-tiba tanpa disangka. Begitulah yang terjadi di Hulu Selangor satu kawasan majoriti Melayu Islam yang tidak beberapa minggu lagi akan berhadapan dengan PRK bagi memilih Wakil Parlimen yang sekarang ini kekosongan.

Beberapa jam yang lalu, Hulu Selangor telah dijanjikan dengan berbagai janji oleh TPM yang awal-awal lagi memberitahu beliau bukan datang ke Hulu Selangor untuk berkempen. Melucukan bunyi kenyataan Muhyiddin itu seolah-olah beliau menganggap rakyat di Hulu Selangor sama seperti rakyat di beberapa kawasan di Sabah dan Serawak. Biarkan lah Muhyiddin dengan caranya yang kuno itu dan kita tidak perlu mentertawakannya. Apa yang penting, Muhyiddin telah mengumumkan janji-janjinya kepada rakyat di Hulu Selangor, di antaranya;

1. Hulu Selangor akan mendapat empat buah sekolah baru dan projek pengurusan banjir.

2. Sebuah sekolah rendah sedang dibina, manakala dua sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah akan dilaksanakan.

3. Projek pengurusan banjir akan dibina di Batang Kali, dan dianggarkan mencecah RM2 juta.

4. Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Ini lah yang dikatakan rezeki datang mengolek. Adakah projek-projek ini dirancang oleh TPM sebelum ini atau telah ada peruntukan yang telah diluluskan sejak awal lagi? Saya yakin ianya tiada di dalam perancangan, dan perancangan atau ilham ini tiba-tiba muncul setelah kematian MP Hulu Selangor dari PKR baru-baru ini. Saya tidak berani untuk menyatakan bahawa TPM begitu lembab untuk merancang sesuatu kemajuan dan faedah buat penduduk, tetapi saya bersetuju jika ada yang beranggapan sedemikian. Kemudiannya PM pula akan datang ke Hulu Selangor dan menaburkan gula-gula ber`cop' 1 Malaysia untuk direbut oleh rakyat Hulu Selangor. Kemudiannya diikuti oleh segala bapak Menteri pula yang datang.

Tidak salah atau berdosa samasekali rakyat di Hulu Selangor menerima baik projek-projek yang dijanjikan ini walaupun dirancang dengan lembab sekali oleh pemimpin yang lembab juga. Apa yang penting, jangan jadikan diri anda umpama `ayam daging' yang diberi makan sekenyang-kenyangnya, kemudian ditimbang seterusnya di`sembelih'. Rakyat di Hulu Selangor wajib bersyukur dengan nikmat yang dijanjikan ini (jika benar dilaksanakan), dan sebagai tanda bersyukur rakyat perlu terus menyokong kerajaan negeri Selangor yang menjadikan kawasan mereka amat menarik dan berharga sehingga menarik minat TPM untuk `berbelanja'.

Percayalah, bukan setakat itu sahaja nikmat yang akan diperolehi oleh rakyat di Hulu Selangor. Dalam tempoh seminggu lagi akan banyaklah tanah-tanah yang bakal dipecahkan di dalam upacara `pecah tanah' seperti yang berlaku di Bagan Pinang sebelum ini. Cuba kita pergi ke Bagan Pinang sekarang, adakah tanah-tanah yang telah dipecahkan semasa PRK Dun Bagan Pinang itu telah tumbuh semak samun atau tidak. Cuba tanya tentera-tentera di kawasan kem Bagan Pinang, sudahkah mereka menikmati kemudahan WIFI, kolam renang atau pun padang Futsal? Selain dari yang dijanjikan oleh Muhyiddin itu, tiadakah lagi kemajuan atau kemudahan yang diinginkan oleh rakyat di Hulu Selangor? Tunggu bila lagi, sekarang adalah masanya untuk kita melihat pemimpin Umno menjadi begitu pemurah.
Kebijaksanaan pemikiran rakyat di Kelantan haruslah menjadi ikutan semua pengundi di Hulu Selangor. Di Kelantan, pemimpin Umno yang dikatakan cerdik itu ternyata tidak dapat membeli maruah rakyat Kelantan. Anda akan melihat nanti seluruh jentera kerajaan akan menggila di Hulu Selangor kerana kali ini maruah Umno/Bn terletak di tangan pengundi-pengundi di kawasan ini. Adakah rakyat Hulu Selangor berterima kasih dengan 1 Malaysia serta menyanjung APCO atau mungkin juga telah merasai betapa jauhnya perbezaan pemerintahan di bawah PR berbanding dengan pemerintahan Khir Toyo yang menghadiahkan `penyapu' kepada kakitangan kerajaannya dahulu akan terjawab.


DIA JAMU HANG SEMUA DULU,, BILA DAH MENANG,, DIA KILAIH KEPALA HANG PA.

No comments:

Post a Comment