Friday, April 2, 2010

nak kena bagi balik ker,,,,

Serahkan saja balik gelaran tu?

Secara peribadi aku sangat² setuju dengan cadangan Muhaimin, serahkan saja la gelaran tu. Pak Bakar pun ada cadang bunyi lebih kurang macam tu jugak. Sebelum ni pun aku dah tulis, takdak apa faedahnya pun gelaran tu. Masa sidang DUN baru ni, Adun Rungkup mencadangkan supaya gelaran untuk pemimpin Pakatan rakyat ditarik balik. Hari ni pulak, pemuda BN hanrat memorandum.

Berita Harian melaporkan:
POH: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak hari ini bersama-sama 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghantar memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, supaya mempertimbangkan untuk menarik balik gelaran dan pingat yang dianugerahkannya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang.

Memorandum itu diserahkan kepada Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Shamsul Baharin Hasan, di Istana Kinta pada jam 4.15 petang tadi.

Ketua pergerakan itu, Maslin Sham Razman, berkata pergerakan itu membuat keputusan untuk menghantar memorandum berkenan setelah dukacita dan tercabar dengan perbuatan melampau Adun pembangkang yang masih mempertikaikan keputusan Sultan yang melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar. - BHarian
Gelaran tu pun pada rohnya, sultan bagi cuma sebagai mengiktiraf sumbangan rakyat dia. Tapi, macam gelaran yang Pemangku Sultan Kelantan bagi baru ni. Apa sangat la sumbangan bini PM untuk Kelantan. Kalau hanya sebagai bini kepada PM, memang dia secara automatik dapat gelaran sama bila tok laki dia dapat. Sumbangan dia sendiri untuk Kelantan, entah la pulak kalau aku terlepas pandang.

Cumanya dalam nak menumbangkan Umno, gelaran tu ada jugak la sikit sebanyak kesannya. Kesannya pun lebih kepada orang melayu yang masih karat fahaman feudal yang majoritinya masih menyokong Umno. Puak² ni memang hormat lain macam kat orang yang ada gelaran macam tu. Ada la sikit kut kesan dia tu pun tah perpuluhan berapa peratus saja aku rasa.

Satu hal lagi, sebagai tokoh politik di negara yang 'menjunjung' raja berpelembagaan dan Pas pulak mengiktiraf raja berpelembagaan ni, nampak tak berapa moleh sangat kalau pi bagi balik gelaran tu, kut nampak macam tak tau beradap pulak.

Tapi kalau Hj Nizar sanggup pi serah balik gelaran tu, aku memang sokong seratus peratus. Patutnya Hj Nizar serah gelaran tu masa lepas Sultan lantik Zambry jadi MB dulu, kalau serah masa tu, kita boleh jugak kata sebagai simbol protes kita. Kalau time tu, orang kata tak beradap pun tak berapa ada kesan sangat pasainya masa tu pun Hj Nizar terang² "sembah derhaka". ⊗

Nota kaki makan cekam: Mohon sembah derhaka... :D


aku ambik kat blog cenangau ni,,, blog yg agak mantop bagi aku,,,

No comments:

Post a Comment