Monday, April 5, 2010

harap2 tak betoi la noo, ,kesian kat felda,,,

Ada pihak tertentu menyatakan bahawa semasa Felda diuruskan oleh Raja Alias wang simpanan Felda berjumlah RM7 billion tetapi tahun lepas jumlah ini susut kepada RM48 juta sahaja. Benarkah? Kita mahu dengar dari Felda.

Benarkah bahawa Felda bersetuju membayar wang Caruman Tanam Semula peneroka-peneroka berjumlah RM17,000.00 setiap peneroka, tetapi Felda sudah tidak mencukupi wang untuk bayaran?
Benarkah bahawa Felda terpaksa mengenakan wang tahanan sebanyak 20% kepada hantaran-hantaran sawit peneroka ke Kilang kerana wang itu adalah untuk modal pusingan Felda kerana Felda sudah tidak mencukupi wang?
Benarkah Felda terpaksa mengenakan hutang yang tinggi kepada peneroka-peneroka hingga RM80,000.00 kerana Felda sudah ketiadaan wang?
Benarkah bahawa sejak Najib Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri, beliau telah memboroskan wang Felda setelah wang Petronas diboroskan?
Soalan-soalan ini kini berlegar dan menjadi pertanyaan peneroka-peneroka Felda kerana akhir-akhir ini mereka ditindas oleh Felda dan pendapatan mereka menjadi begitu berkurangan dan menyukarkan! Harap Felda jelaskan kedudukan sebenar.

No comments:

Post a Comment