Wednesday, April 7, 2010

lagi lubang ada pecah,,,

Pua dedah lagi kontrak 'dicurigai'


Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (bawah, berkaca mata) membuat pendedahan lanjut berkaitan sebuah syarikat yang bertanggungjawab membina sebuah hostel 200 bilik dengan kos RM7.8 juta di Terengganu.

"Ini telah diperbetulkan oleh menteri di parlimen sebagai RM7.8 juta kerana ada kesilapan dalam tulisan," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen hari ini.

Beliau bagaimanapun mempertikaikan dua lagi kontrak yang diperolehi syarikat berkenaan, masing-masing bernilai RM5.7 juta dan RM39.9 juta.

"Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada Disember 2007 tanpa apa-apa hasil dalam akaunnya pada 31 Disember 2008," katanya.

Katanya, syarikat itu bagaimanapun dianugerahkan kontrak bernilai RM53.4 juta dalam tempoh enam bulan lalu.

"Lebih menarik lagi, pemegang syer utama 66 peratus dan juga pengarah syarikat ini, Abdul Rahman Abdul Ghani usianya baru mencecah 23 tahun bulan ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mempertikaikan satu kontrak bernilai RM1.4 juta untuk membekalkan makanan masak kepada sebuah sekolah menengah di Maran, Pahang yang didakwa diberikan kepada seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian.

Beliau mengemukakan kes itu sebagai salah satu contoh daripada 76 buah kontrak bernilai RM123.5 juta yang dikeluarkan kementerian pelajaran.

"Kebanyakan daripada kontrak ini juga diberikan kepada individu dan bukannya kepada syarikat," katanya.

1 comment:

  1. macam2x la.. tak tau mane satu betul, mana satu salah..


    http://belogbagus.blogspot.com/

    ReplyDelete