Pages

Thursday, May 6, 2010

Kalau maurinho balik england,,, mesti meriah kan,,,

Mourinho ingin kembali ke Liga Perdana England


MOURINHO (tengah) mencium trofi Piala Itali selepas Inter Milan menewaskan AS Roma 1-0 pada perlawanan akhir kelmarin.


ROM - Pengurus Inter Milan, Jose Mourinho mendedahkan keinginan untuk kembali ke England selepas skuad bimbingannya memenangi trofi Piala Itali kelmarin.

Bekas pengurus Chelsea itu mencipta kejayaan yang besar di Itali apabila memenangi gelaran Serie A pada musim pertama dia membimbing Inter.

Selain itu, dia berjaya membawa Inter ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 38 tahun.

Kelmarin, beliau melakar satu lagi kejayaan apabila memenangi trofi utama kedua selepas Inter menang 1-0 ke atas AS Roma hasil jaringan tunggal Diego Milito di Stadio Olimpico.

Begitupun, pengendali dari Portugal itu bertekad untuk kembali ke saingan Liga Perdana England.

"Saya masih rindu Liga Perdana England, saya masih rindu untuk tinggal di England seperti yang saya lakukan selama tiga tahun dan saya pasti akan kembali, tidak ada keraguan lagi," katanya.

"Bila? saya tidak tahu, tiada siapa yang tahu. Ia bergantung kepada banyak perkara. Mungkin musim depan.

"Sudah pasti saya tidak terlalu memikirkannya. Saya mungkin pergi ke mana-mana kelab tetapi saya tidak fikir ia akan berlaku musim depan. Saya membimbing pasukan lain, tidak hanya Chelsea.

"Chelsea adalah kenangan masa lalu yang menarik tetapi saya bukan jurulatih Chelsea. Saya seorang jurulatih dan saya boleh melatih pasukan lain."

Pendedahan Mourinho itu sudah pasti akan menamatkan khabar angin yang mendedahkan beliau akan meninggalkan Inter pada akhir kempen musim ini. - AFP

No comments:

Post a Comment