Pages

Tuesday, May 18, 2010

saya jamin tapi tak berapa gerenti la,,, he he he

Hishammuddin Jamin Institusi Raja Tetap Dihormati

KOTA BAHARU, 18 Mei (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan bahawa Institusi DiRaja Kelantan tetap dihormati berikutan timbul dakwaan bahawa kerabat DiRaja Kelantan dikasari polis.

Beliau berkata pihaknya akan memberikan khidmat yang terbaik kepada institusi Raja kerana ia merupakan institusi yang disayangi.

Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan hasil pertemuan dengan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid selama dua jam mulai 9 malam di Istana Mahkota di Kubang Kerian, di sini.

Hishammuddin berkata demikian berikutan dakwaan Tengku Anis telah dikasari polis apabila Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 4 Mei lepas.

Bagaimanapun Timbalan�Ketua�Polis�Kelantan�Datuk�Amir�Hamzah�Ibrahim menafikan dakwaan itu dan meminta pihak terbabit supaya membuat laporan polis.

Berikutan itu, kekanda Sultan Kelantan Tengku Merjan Yahya Petra mendesak Hishammuddin memberikan penjelasan mengenai dakwaan Tengku Anis itu.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment