Pages

Tuesday, May 25, 2010

Takkan KAK ******* pengkhianat kot,,,

Jual AP Pengkhianat Negara - Tun M
Dr Mahathir Mohamad (kiri) melawat pusat servis Aiman Motor sebelum merasmikan Aiman Motor 4S Centre di sini, hari ini. Turut serta Che Azizuddin Che Ismail (kanan) dan Pengarah Urusan Suzuki Motor Automobil Sdn Bhd, Ibrahim Maidin (tengah). - Foto SAMUEL ONG

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad menggelar mereka yang menjual permit import (AP) sebagai pengkhianat negara.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, perbuatan menjual kemudahan yang dianugerahkan kerajaan itu dianggap perbuatan jahat yang tidak sepatutnya dilakukan.

"Orang Melayu diberi peluang memperoleh AP tetapi ada di kalangan mereka yang menjualnya.

"Sebenarnya orang Melayu boleh berjaya dalam pasaran automotif jika tidak menjual AP seperti yang dibuktikan Aiman Motor Sdn. Bhd. (Aiman Motor)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Suzuki 4S (jualan, servis, sistem dan alat ganti ) di sini semalam.

Hadir sama termasuk Pengarah Aiman Motor, Che Azizuddin Che Ismail.

Pada majlis itu, Dr. Mahathir turut melancarkan laman web baru syarikat berkenaan yang lebih menarik dan memiliki ciri-ciri interaktif untuk kemudahan pelanggan mereka. Aiman Motor yang memulakan operasi pada tahun 2005 di Jalan Bangsar merupakan pengedar kenderaan jenama Jepun itu di negara ini.

Premis milik syarikat itu merupakan pusat jualan dan perkhidmatan Suzuki yang terbesar di negara ini.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir memuji langkah Aiman Motor yang berjaya membuktikan bahawa kaum bumiputera boleh berjaya dalam bidang pasaran automotif.

Kejayaan itu, kata beliau, jelas menunjukkan bahawa mereka yang memperoleh AP daripada kerajaan boleh maju dalam perniagaan sektor berkenaan yang dikuasai kaum lain.

"Ini yang dibuktikan Aiman Motor yang berjaya menonjolkan kejayaan dalam perniagaan automotif.

"Perniagaan ini hakikatnya boleh buat duit jika ia dijalankan dengan betul-betul," ujar beliau.

Sementara itu, Dr. Mahathir berpendapat, subsidi perlu dikurangkan secara beransur-ansur dalam usaha kerajaan menambah baik kewangannya.

"Saya rasa lebih baik mengurangkan subsidi secara beransur-ansur," katanya apabila ditanya tentang langkah kerajaan untuk menghapuskan subsidi yang semakin menjadi beban kepada kewangan kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Che Azizuddin berkata, pihaknya merancang untuk membuka satu lagi pusat 4S selewat-lewatnya tahun depan di Lembah Kelang.

"Ia masih dalam peringkat perancangan dan kami perlu mengkaji kawasan itu. Kami perlu mendapat kelulusan daripada Suzuki Malaysia untuk membuka satu lagi pusat 4S. " katanya

Beliau berkata, pasaran Suzuki yang kecil menyebabkan mereka tidak boleh mempunyai terlalu banyak pengedar.

Bagaimanapun, tambahnya, dengan pelancaran pusat baru itu membuktikan kesungguhan dan komitmen Aiman Motor menjadikan Suzuki sebagai jenama pilihan rakyat negara ini.

No comments:

Post a Comment