Pages

Thursday, June 3, 2010

Polis kita israel kot...

PAS: ‘Dunia Kecam Israel, Polis Kita Mahu Halang Protes’

4 JUN: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyifatkan tindakan polis mahu menghalang demonstrasi bagi membantah serangan Israel atas misi kemanusiaan ke Gaza sebagai “tidak mengikut perkembangan semasa.”

“Ketika seluruh dunia mengadakan perhimpunan bagi membantah kekejaman yang dilakukan Israel, polis pula mahu menghalangnya.

“Ini menunjukkan mereka tidak mengikuti perkembangan semasa yang berlaku sekarang.

“Lagipun ini juga adalah perhimpunan rakyat yang sama-sama membantah kekejaman yang dilakukan Israel,” kata beliau ketika ditemui selepas program Solat Hajat Perdana dan Pidato Khas bagi menyokong dan mendoakan keselamatan konvoi misi bantuan kemanusian ke Gaza malam tadi.

Program tersebut diadakan di Stadium Malawati.

Nasharudin berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman bahawa polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram.

“Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan,” kata Wira.

Nasharudin berkata perhimpunan itu akan tetap diteruskan kerana berpendapat ia hanya perhimpunan aman dan tidak akan mengundang bahaya.

“Kita akan tetap teruskan perhimpunan ini kerana ini adalah perhimpunan rakyat jadi tidak ada apa yang akan membahayakan.

“Saya sendiri hairan bagaimana ketua polis Kuala Lumpur boleh berpendapat sedemikian,” katanya lagi.

Pergerakan Pemuda Umno dijangka mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala Pakatan Rakyat akan mengadakan rundingan meja bulat di Kelab Sultan Sulaiman pada pukul 11 pagi dan kemudian akan bergerak dari Masjid Jamek Kampung Baru ke arah Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat.

Program Solat Hajat Perdana dan Pidato Khas dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri Datuk Dr Hasan Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Selain itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyertai program tersebut termasuk Muslim Care, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Progam tersebut dimulakan dengan solat Maghrib yang diketuai Imam Masjid Subang Jaya, Mohd Shukri Ali.

Kemudian ia diikuti dengan zikir munajat dan disusuli dengan solat Isyak sebelum melakukan solat hajat.

Sebaik sahaja selesai solat hajat program diteruskan dengan pidato khas oleh para penceramah yang hadir terdiri daripada ahli politik dan juga wakil dari setiap NGO.

3 comments:

  1. dunia sedang menangis...kita sedang ketawa...

    ReplyDelete
  2. kenape nak trus salah kan polis ye...
    polis jugak manusia spt ko..

    kalau ada ahli kelurga kamu yang kena ROGOL,bunuh,rompak..jangan jumpa n cari polis okay...
    setlekan sendiri..
    SEBAB KALAU POLIS YANG AMIK KO NI..POLIS PULAK YANG SALAH NANTI
    sebab kamu orang yang hebat!!!!

    asyik nak cari salah orang jer
    ENTAHLAH....PENING ADE ORANG YANG CAM NI..

    ReplyDelete