Pages

Wednesday, July 28, 2010

Che det lupa plak,, dia la yg ajaq,, he he he,,,

Apa yang Mahathir nak kisahkan sangat dengan media di negara kita. Itulah kerja mereka. Menggelapkan berita adalah keutamaan sekiranya tidak memberi apa-apa manafaat kepada mereka.

"Tetapi tidak ada sepatah perkataan pun tentang perkara ini dalam media tempatan kita.” Ucapan Mahathir tentang pembohongan Blair.

Jadi Mahathir tak perlulah fikir yang nun jauh di sana, berita-berita di negara kita banyak yang digelapkan. Media-media di negara ini akan tetap menggelapkan berita-berita yang tidak sehaluan dengan citarasa mereka. Media-media kerajaan akan tetap menggelapkan berita-berita benar berkaitan lawan mereka. Mereka tetap akan menyiarkan berita-berita buruk di samping fitnah melampau mereka terutamanya di media-media awam di negara ini. Kalau berkaitan pembohongan Blair pun digelapkan, pembohongan Najib, jangan ceritalah.

Itulah caranya media kita bermedia. Kebaikan akan tetap ditutupi dengan kegelapan. Mahathir juga perlu risau juga keadaannya di negara kita. Mahathir jugalah gurunya, Mahathir jugalah yang mengajar media begitu. Dulu-dulu, takkan dah tak ingat!

No comments:

Post a Comment