Pages

Wednesday, July 28, 2010

mmg lagu tu dah,, geng pusing2 ni,,,

Kuasa SPR, kenyataan Muhyiddin mengelirukan

Oleh Khalil Idham Lim

Saya sangat keliru dengan kenyataan terkini Tan Sri Muhyiddin Yassin di Seoul, Korea yang berkata, hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada pilihan raya umum diadakan serentak di seluruh negara atau berasingan bagi negeri-negeri yang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Menurutnya, terserah kepada SPR untuk membuat keputusan berkenaan berdasarkan keadaan kewangannya.


Jelas beliau, berdasarkan pengalaman mengadakan pilihan raya umum yang lepas, penentuan hari pengundian dilakukan oleh SPR.

Satu sisi saya bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin yang mengatakan tarikh pilihan raya dalam soal penentuan hari mengundi dilakukan oleh SPR, itupun dalam keadaan tertentu kita melihat SPR sering berat sebelah apabila mengadakan piliharaya ditempat yang dijangaka Barisan Nasional (BN) meneng dan untuk memepertahankan kerusinnya dalam setiap kali pilihan raya kecil pada hari cuti, seperti hari ahad.

Tetapi kalau tempat kerusi yang akan dipertahankan oleh Pakatan Rakyat ditetapkan hari mengundi pada hari kerja. Mungkin bagi menyukarkan pengundi keluar bila berkerja sekaligus menurunkan pratus keluar mengundi.

Namun meletakkan tanggung jawab sepenuhnya kepada SPR untuk menentukan sama ada pilihan raya umum diadakan serentak di seluruh negara atau berasingan bagi negeri-negeri yang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, adalah mengelirukan.

Tidakkah hak membubarkan DUN terletak kepada nasihat Menteri Besar sesbuah negeri dan mendapat perkenan dari Sultan negeri tersebut. Berarti tidak timbul dalam hal ini SPR tidak mempunyai kuasa.

Apapun saya melihat kerajaan dan BN ingin campurtangan keatas pentadbiran negeri yang dikuasai oleh pakatan Rakyat termasuklah dalam menentukan pembubaran DUN yang terteletak kuasa mutlak kepada negeri, bukannya SPR.

Mengelirukan lagi bila dalam kenyataan Muhyiddin yang berkata sekiranya, negeri-negeri pakatan rakyat berpendapat pilihan raya berasingan perlu dilakukan jika ia diadakan dalam tempoh terdekat ini, itu adalah pandangan mereka. Namun dia tidak mengesahkan bahawa itulah sebenarnya hak negeri yang tidak boleh ditentukan oleh SPR seperti didakwa oleh Muhyiddin.

* Dr Khalil Idham Lim ialah Adun Titi Serong.

No comments:

Post a Comment