Sunday, July 18, 2010

Mufti UMNO wei,,,

Boleh percaya ke Mufti Perak ni?

Di muka depan Berita Minggu hari ni, 18 Jul 2010, Mufti Perak ni dikatakan ingin menyatukan PAS dan UMNO, demi perpaduan orang Melayu.

Siapa Mufti Perak ni?

Saya pun tak kenal beliau...tetapi tahananISA biasa baca profail peribadi dia ni. Ramai tahanan ISA mendakwa, dia ni salah seorang Special Branch (SB) yang di khaskan dalam bidang ugama untuk "memulihkan" mereka yang ditahan tanpa bicara di Kem Kamuanting.

Salah satu fatwa beliau ialah, "Tahanan ISA tidak wajib @ tak dibenarkan menunaikan solat Jumaat....". Semua tahanan ISA berugama Islam, memang tak pernah Solat Jumaat walaupun kedudukan masjid dari blok-blok mereka hanya beberapa meter saja jaraknya....Buktinya, Tahanan ISA Mat Sah Md Satray berkata, beliau tidak pernah sekalipun dibenarkan menunaikan solat Jumaat sepanjang lebih 7 tahun dikurung di Kem Kamunting.

Apa sikap Mufti ketika Sultan Perak bertindak menyokong kerajaan baru yang diterajui YB Zamry Kadir? Anda fikir lah sendiri.

Mustahil PAS akan begitu mudah dipermainkan oleh orang yang didakwa sebagai "SB" nih?

No comments:

Post a Comment