Sunday, July 18, 2010

ish,,bodo la...



Muhyiddin Yassin berkata beliau mengalu-alukan mana-mana pihak yang bersedia untuk menjadi perantara atau orang tengah bagi membantu proses mewujudkan persefahaman di antara Umno dan PAS.

Timbalan Presiden Umno itu berkata ini kerana usaha untuk menyatupadukan orang Melayu dan Bumiputera Islam bukan hanya terletak pada satu badan sahaja.

"Apa pun, saya menghargai kalau ada pihak-pihak yang katanya bersedia sama ada menjadi orang tengah, menjadi fasilitator untuk mempermudahkan usaha-usaha ini.

"Jadi kalau mufti ke, bekas mufti ke, saya fikir mereka ini boleh berperanan, begitu juga banyak pihak-pihak yang lain (seperti) pemimpin Melayu, Bumiputera dan Islam...kalau mereka sanggup untuk tampil membantu proses mewujudkan persefahaman ini, saya fikir kita harus alu-alukan," katanya.

Beliau yang juga timbalan presiden Umno memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sepanggar, di Kota Kinabalu hari ini, lapor Bernama.

Muhyiddin mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semalam bahawa terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Harussani berkata beliau bagaimanapun menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

ketika diminta mengulas komen Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan kesediaan berjumpa dengan Muhyiddin asalkan perbincangan tidak menjurus kepada rundingan perpaduan antara PAS dan Umno, Muhyiddin berkata:

"Saya tak nak komen lebih, nanti macam kita beria-ria, saya dah komen awal, biarlah begitu, saya nak serah kepada pihak orang ramai untuk buat tafsiran, kalau saya cakap nanti disalah tafsir.

"Apa-apa pun pandangan saya, awal-awal lagi saya dah suarakan, pandangan Umno dan presiden Umno (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun telah sebutkan, tak payah nak respons lagi, kalau tidak ia debat gitu saja, tak ada hasil apa-apa," katanya.

Muhyiddin berkata beliau dan Umno memberi respons pada peringkat awal pun disebabkan "suara-suara" daripada kalangan orang bukan politik yang bimbang melihat keadaan sekarang ini yang menggesa perbincangan itu diadakan.

"Jadi saya sudah respons, saya kata memang satu perkara yang baik, soal dari pihak PAS bukan hak saya untuk komen, tapi dari segi Umno sikap keterbukaan telahpun kita katakan dulu, terserah kepada mereka.

"Apapun saya dah sebutkan tadi, peranan perantara atau orang tengah ini mungkin agak lebih diperlukan sekarang...kalau titik pertemuan itu tidak dapat dijalinkan, mungkin peranan orang-orang seperti ini boleh kita ketengahkan," katanya.

No comments:

Post a Comment