Pages

Saturday, July 17, 2010

Tekan la hangpa

Kerajaan BN sentiasa menggunakan pendekatan menekan kepada rakyat.

"Dalam keadaan sekarang Kerajaan BN amat terdesak dengan keadaan ekonomi Malaysia yang terlalu rapuh. Duit simpanan Malaysia juga semakin susut dan telah disahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala.

Suasana ekonomi dunia yang tidak menentu juga telah membuat pemimpin-pemimpin BN tidak begitu ceria, lombong-lombong emas dari dana duit rakyat semakin berkurangan. Kroni-kroni mereka pula terlalu banyak hutang-hutang yang perlu dilunaskan. Kemewahan isteri-isteri pemimpin-pemimpin BN perlu dipenuhi. Keadaan in telah memaksa pemimpin-pemimpin BN menggunakan semua kuasa bagi menentu kemewahan yang sebelum ini mereka nikmati tidak hilang, mereka terpaksa menekan rakyat. Kenaikan harga barangan utama seperti minyak petrol, diesel, gula dan lain-lain lagi. Sebelum ini kenaikan banyak barang tidak diumumkan secara rasmi seperti tepung gandum, sayur-sayuran, daging ayam, ikan dan banyak lagi barangan. Kenaikan barang-barang keperluan dapur yang begitu ketara itu telah menyebabkan rakyat cukup tertekan.

Disamping itu Kerajaan BN terus cuba menyorokkan kebenaran kenaikan harga ini menyebabkan rakyat semakin tertekan. Mereka cuba mengaburi mata dan pemikiran rakyat dengan macam-macam slogan, ucapan yang memaksa rakyat menerima rasional kenaikan barangan ini. Kalau dilihat dari kenaikan harga-harga barang ini yang untung adalah pemilik-pemilik Permit Import (AP). Contoh : Permit Import (AP) bagi gula, hanya seorang sahaja dalam Malaysia yang memiliki AP gula. Adakah rakyat akan terus dipergunakan untuk memuaskan kehendak pemimpin-pemimpin BN? Lihatlah banyak janji-janji yang telah ditaburkan sebelum kenaikan harga barang, seperti Menteri PDN&HEP bahawa akan memastikan tiada barangan yang berkaitan menyebabkan kenaikan harga barangan makanan. Adakah janji ini boleh dikotakan? Pernah satu masa dulu seorang PM memberikan janji dengan kenaikan harga petrol, duit itu akan digunakan membaiki sistem pengangkutan awam. Tetapi janji itu hanyalah sekadar ucapan untuk menyejukkan hati rakyat.

Kenaikan harga barangan ini telah memberi tekan kepada rakyat terutamanya masyarakat yang miskin. Dengan pengurangan subsidi barangan ini akan mengakibatkan peningkatan inplasi terutamanya masyarakat yang bergantung kepada pendapatan tetap. Mungkin para menteri dan pemimpin-pemimpin BN tidak pernah terasa kenaikan ini kerana kebanyakkan mereka memperolehi projek-projek dari pemotongan subsidi kepada rakyat. Inilah nasib rakyat Malaysia yang terus didendangkan dengan irama dan janji-janji para pemimpin-pemimpin BN.

No comments:

Post a Comment