Pages

Saturday, July 17, 2010

Pelaras kepala hotak hang

BARANG NAIK....PELARASAN HARGA ? WARGA ASING DIDAHULUKAN RAKYAT DIKESAMPINGKAN


"Keputusan "pelarasan"(kenaikan) harga barangan keperluan dengan 'menghapuskan' subsidi telah dilaksanakan dengan JAYANYA. Pelbagai alasan dikemukakan bagi merasionalkannya untuk menampakkan BIJAKnya keputusan kerajaan ini.

Pelbagai ahli-ahli EKONOMI dan pengurusan di jaja bagi menyokong perlaksanaan keputusan yang dikatakan bakal menyelamatkan kerajaan dari KEBENGKRAPAN....! .....

AKU tertanya apakah kerajaan telah "kekeringan" sepertimana orang-orang makan gaji ketika tengah bulan? Apakah kerajaan tak boleh terfikir lagi sumber pendapatan yang lain bagi mengatasi masalah 'kekeringan' ini? Orang makan gaji ramai yang tambah pendapatan dengan meniaga kecilan....kerajaan takkan tak boleh fikir kot? Apakah kerajaan cuma terfikir dapat duit dari sumber perjudian sahaja...? AKU duduk kat Singapore lama dah.....sekian lama WARGA SINGAPORE makan subsidi RAKYAT MALAYSIA...kerajaan tak terfikir kee?

Apalah salahnya kita ambik sikit duit diorang yang besar itu "SECARA LANGSUNG" melalui kutipan tol keatas kenderaan diorang tu sepertimana dikenakan keatas kenderaan Malaysia (SGD20 sehari selepas 10 hari free)....sekurang-kurangnya 'tercover' jugak subsidi yang diorang dah telan sekian lama(yang sepatutnya HAK WARGA NEGARA MALAYSIA SAHAJA). Kerajaan kerap bagi 2 alasan 'basi' bagi TIDAK MERASIONALKAN cadangan serupa ini. 1. Warga Singapura tidak akan masuk dan berbelanja di Malaysia 2. Dengan banyaknya warga Singapura berbelanja negara akan dapat faedah "TIDAK LANGSUNG". Persoalan saya ...1)apakah kerajaan singapore tak terfikir yang sama sewaktu kenakan bayaran kepada kenderaan Malaysia ke Singapura....2) Banyak sangatkah RM 20 di bandingkan dengan SGD 20 dimata rakyat Singapura. 3) Kemanakah warga singapura yang berkenderaan (kaya la tu) nak berbelanja dan berjalan-jalan dihujung minggu dengan keranderaan mereka kalau tak ke Malaysia.......untuk pengetahuan.....tiada lagi jambatan atau terowong bawah laut dari singapura ke indonesia (BATAM) kalau nak dijadikan alternatif kalau Malaysia banyak sangat halangan atau TOL. FIKIRLAH SIKIT.... Suka saya nak cerita mengenai pengakuan seorang Ustaz sewaktu saya mengikuti pengajiannya di salah sebuah masjid di Singapura.....Ustaz tu cakap....Ana hujung minggu akan ke Johor..untuk makan dan shopping. Ana cuma tukar SGD 200 je untuk shopping - SGD200 = RM462.

Ana boleh dapat 2 trolly barang dapur...1 untuk rumah sendiri..1 rumah mak mertua. Kalau ada lebih siap boleh makan-makan lagi. Kalau ana belanja SGD 200 tu kat Singapore. Dapat setengah trolly je.......makan tentu tak dapat. CUBALAH FIKIRKAN CERITA NIH....CUBALAH KERAJAAN AMBIL SIKIT JE DARI SDG 200 DIORANG TU SETIAP KALI DIORANG DATANG MALAYSIA. KALAU AMBIK RM 20.....BARU SGD8 LEBIH AJE...AKU RASA DIORANG TAK KESAH PUNYA...DAH BANYAK DIORANG UNTUNG. Kalau RM 20 tu rasanya banyak sangat..RM 10 pun rasanya ok untuk setiap kenderaan diorang RM10 = SGD 4.00. Ikut statistik tidak kurang dari 5000 kenderaan Singapura akan masuk ke Malaysia setiap hari. 5000XRM10 = RM50,000 kita dapat hasil..kali 30 hari ......=1,500,000 sebulan....rasanya boleh cover subsidi rakyat malaysia yang diorang dah TELAN sejak sekian lama.... APA SUSAH SANGAT NAK BUAT....Ini baru satu je isu AKU bangkitkan...tapi rasanya dah cukup STRONG untuk difikirkan...JANGAN JADI WARGA ASING DIDAHULUKAN RAKYAT SENDIRI DIKESAMPINGKAN.. FIKIRKANLAH

No comments:

Post a Comment