Pages

Tuesday, July 20, 2010

Suri rumah kini boleh carum KWSP

KUALA LUMPUR 19 JULAI — Suri rumah kini berpeluang menyertai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dengan menyimpan pada kadar serendah RM50 sebulan.

Dilaksanakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak Januari lepas, skim itu kini telah menarik minat 14,786 individu dengan jumlah caruman sebanyak RM13.2 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, skim yang merupakan inisiatif kerajaan itu terbuka kepada individu berumur sehingga 55 tahun bagi memberi perlindungan kewangan kepada individu yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap bulanan.

"Skim ini semakin mendapat perhatian golongan pemandu teksi, nelayan, petani, penjaja, peniaga kecil, karyawan, golongan freelance seperti deejay dan sebagainya dan kini KWSP menyasarkan suri rumah untuk turut menyertai skim ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain menerima dividen tahunan daripada KWSP, pencarum skim juga akan menikmati sumbangan tambahan sebanyak lima peratus daripada kerajaan dan tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM60 setahun untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini hingga 2014. — Bernama

No comments:

Post a Comment