"Biar hilang seorang, jangan hilang semua... Kenapa nak jatuhkan kerajaan sekarang," katanya.
"Dia  boleh masuk pilihan raya, tubuh parti, kenapa nak berdemonstrasi. Kalau  nak jadi seperti negara luar, biar (dia) jadi rakyat negara luar,"  katanya dalam satu sidang media.
Turut hadir dalam  sidang media tersebut Pengerusi Majlis Guru-guru Silat Malaysia Tan Sri  Omardin Mauju dan 211 wakil pertubuhan seni silat seluruh negara.
Mengulas  lanjut, dalam penjumpaan dan mesyuarat guru-guru silat, Mohd Ali  berkata terdapat juga wakil pertubuhan silat mencadangkan Ambiga  dikenakan hukuman buang daerah.
Sehubungan itu,  beliau berkata pihaknya sekeras-kerasnya membantah tindakan BERSIH 2.0  yang diketuai Ambiga yang didakwanya "untuk menimbulkan huru-hara".Katanya,  jika apa-apa yang berlaku pada 9 Julai, tidak ada pihak yang patut  mempersalahkan  pesilat, tetapi sebaliknya Ambiga yang sepatutnya  dipersalahkan.
"Semuanya ingin melihat aman damai...  Kita bersama-sama membantah apa sahaja tindakan... Apa sahaja (akan)  berlaku pada 9 Julai," katanya
"Jangan ambil ringan"
Oleh itu, beliau juga berharap rakyat "jangan ambil ringan" mengenai perkara ini.
Ketua  menteri Melaka itu berkata PESAKA mendokong lima prinsip rukun negara  dan mendakwa perbuatan Ambiga "boleh membawa ketidakstabilan negara".
Sehubungan  itu, seramai wakil 211 pertubuhan silat seluruh negara, membantah  sekeras-kerasnya perhimpunan BERSIH dan meminta "demonstrasi jalanan"  dihentikan.
Beliau juga bimbang tidak dapat mengawal pesilat-pesilatnya kerana jika berlakunya huru -hara.
"Saya bimbang, tak dapat kawal, jika hura-hara berlaku, Ambiga bertanggungjawab," katanya.Sementara  itu, Pengerusi Majlis Guru-Guru Silat Malaysia Tan Sri Omardin Mauju  berkata pihak bersedia untuk "bertempur" kalau orang cuba bertempur.
"Kalau  orang bertempur, kita tempur, kita lawanlah... Kita akan pertahan  daripada (mereka) masuk Istana," katanya sambil mencelah seorang guru  silat bahawa mereka akan bersedia sepenuhnya dengan apa jua keadaan.
Omardin  juga memberitahu, jika pihak BERSIH membatalkan hasrat mereka untuk  berhimpun, maka pihaknya juga akan mengambil tindakan yang sama.
Ditanya sekiranya ada di kalangan ahli PESAKA ditahan oleh polis, Mohd Ali berkata pihaknya akan menyediakan bantuan guaman.
"Dalam  PESAKA banyak peguam," katanya sambil menambah pihaknya menyerahkan  kepada polis untuk mengambil tindakan sepatutnya pada hari itu.
No comments:
Post a Comment