Thursday, April 12, 2012

Lancau : SPR tepis dakwaan 'pendaftaran berganda'


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan berlakunya pendaftaran berganda dalam daftar pemilih seperti didakwa oleh kumpulan pro-reformasi pilihan raya BERSIH semalam.

Sebaliknya, menurut pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ia permohonan sah daripada pengundi Sabah dan Sarawak untuk menukar alamat tempat mengundi ke Selangor.

"Permohonan mereka untuk menukar alamat daripada Sabah/Sarawak ke Selangor masih tergantung untuk semakan/pengesahan biasa daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"(Terdapat ) masa pameran seminggu, (dan) tertakluk kepada bantahan sebelum diwartakan pertengahan Mei," kata Abdul Aziz melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini semalam.

Untuk pengundi yang diterima, nama mereka akan dibuang daripada daftar pemilih Sabah dan Sarawak tetapi berada dalam daftar pemilih yang diwartakan di Selangor, jelasnya.

"SPR tidak akan sengaja mengadakan pendaftaran berganda dan kami sedang berusaha sedaya upaya untuk membersihkan daftar pemilih pada setiap masa," tambah Abdul Aziz.

BERSIH semalam mendakwa, terhadap 24,105 pengundi di Sabah dan Sarawak didaftarkan dua kali di Selangor dalam daftar pemilih terkini sehingga suku pertama 2012

No comments:

Post a Comment