Polis jadi pengundi hantu?
TELUK INTAN, 19 Jan: PAS Perak kini mengesan satu usaha tersusun pihak-pihak tertentu untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Perak melalui pendaftaran pemilih berganda.
Antaranya adalah dengan mengarahkan semua anggota polis agar membuat kad pengenalan awam (MyKad) di samping mempunyai kad keanggotaan polis sebagaimana biasa.
Dengan cara ini, anggota polis berkenaan akan boleh mengundi dua kali iaitu satu menggunakan kad pengenalan polis dan satu lagi kad pengenalan awam.
Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, dengan kad pengenalan polis, anggota berkenaan boleh mengundi secara pos manakala kad pengenalan awam melalui undi biasa. - Pas Perak
Takkan tak cukup lagi? Sebelum ni dah aku ada tulis kat sini, semua tu ada potensi untuk jadi pengundi hantu untuk Umno BN, takkan tak cukup lagi.
Mungkin jugak la depa takut 'hantu²" berpaling tadah kut. Pasai tu la kut depa nak cuba guna "pengundi hantu polis' pulak. Jenis ni tak berani nak berpaling tadah kut!!
Harap-harapnya, Pas Perak bukan takat bukak cerita ni saja, tapi aku harap sangat Pas Perak 'follow'isu ni sampai ke hari mengundi.Kena trace betui² dan pastikan bakan 'pengundi hantu polis' ni tidak boleh masuk dalam senarai daftar pemilih.
Kena buat kerja lebih sikit la, paling kurang pun kalau perlu boleh bagi bukti macam ni
Senarai nama pegawai PDRM Manjung yang memohon membuat mykad di JPN Manjung pada 14.01.2010 jam 8.30 pagi
SJN YUSOFF BIN MAT RF70863 k/p 5235145 cawangan komunikasi
KPL ROSLI BIN SHAHBUDIN RF 71390 K/P5544522 KOMUNIKASI
L/KPL ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN RF96108 K/P6298330 KOMUNIKASI
KPL ABU AZMI BIN NGAH MAT DAUD RF 63290 K/P4927682 PENGANGKUTAN
KPL MOHAMMAD TAHIR BIN HARUN RF 86350 K/P6244000 PENGANGKUTAN - PerakEx
Kalau takat boleh buat isu saja takat boleh buat isi belasah dalam ceramah ja laa..
No comments:
Post a Comment