Negara akan terus lingkup di bawah Umno/BN (UBN). Pendedahan oleh Ku Li, berlakunya penyelewengan wang rakyat dan salah guna kuasa Bank Negara untuk kepentingan broker pertukaran dana asing Rosmah Najib amat mengejutkan sekali yang membuatkan rakyat marhein sesak nafas!
Apa tidaknya, pada pertengahan tahun lepas (2009), perjudian Bank Negara yang tiada ambil iktibar daripada kesalahan yang sama yang pernah berlaku dalam pasaran perjudian tukaran wang asing. Bank Negara terus berjudi sehingga mengalami kerugian sebanyak RM32 bilion. Satu jumlah yang cukup besar yang bisa menampung bajet negeri Pulau Pinang selama 100 tahun.
Selain daripada itu , defisit negara yang berturutan selama 13 tahun membimbangkan rakyat. Hutang negara sebanyak RM363 bilion pula terpaksa dibayar sebanyak RM13,000 setiap kepala rakyat Malaysia. Lahir sahaja seorang bayi, sudah terhutang kepada negara sebanyak RM13,000. Warga marhein yang akan membayarnya bukan PM dan kabinetnya yang ‘joli katak’ dengan wang rakyat sebagaimana kata Ku Li.
Negara akan muflis jika salahguna wang negara dan penyelewengan terus berlaku. Tak cukup dengan penyelewengan dan kerakusan pembaziran yang dibuat oleh Badawi sebagaimana dakwa Mahathir sebanyak RM270 bilion dan Mahathir sendiri sebagaimana pendedahan Barry Wain telah membazirkan RM100 bilion wang rakyat yang dinafi cuma RM10 bilion sahaja adalah juga wang rakyat yang terpaksa menanggung siksa dan derita membayar setiap sen wang negara yang hilang dengan kenaikan harga barang gula, minyak dan sebagainya. Ditambah pula siksa-derita rakyat marhein dengan perjudian tukaran wang asing oleh Bank Negara Rosmah Najib sebanyak RM32 bilion. Rakyat yang membayarnya bukannya UBN dan kroni mereka yang menjadi kaya raya di atas keperitan rakyat jelata.
Kerugian Bank Negara tersebut pada pertengahan tahun lepas mengakibatkan pada tahun itu kakitangan kerajaan tiada bonus dan ada ura-ura cola akan dipotong dan minyak naik (selepas pilihan raya semula di Perak) dan sekarang makanan sekolah berasrama penuh dipotong dan gula naik. RM270 bilion + RM100 billion yang berjumlah RM370 bilion dan yang terkini RM32 bilion itu; berjumlah sekitar RM400 bilion. Jika UBN terus memerintah dengan kerakusan dan ketamakan keqorunan mereka, tiada mustahil negara akan bisa jatuh bankrap. Bapak menteri bisa cabut luar negara dengan aset mereka di seberang laut tetapi rakyat bagaimana.
Sewajarnyalah rakyat golongan marhein bersama PAKATAN RAKYAT mendesak supaya harta Mahathir dan Badawi disita untuk menampung kerugian dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh mereka dan kroni mereka, golongan Umnoputra Korporat Melayu Islam di bawah UBN yang beramal dengan korupsi, kroni, nepotisme dan salahguna kuasa dan wang rakyat untuk projek yang membazir dan harga kos projek yang berlipatkali ganda daripada harga yang sebenar sepertimana yang pernah didedahkan oleh Chua Jui Meng, bekas menteri kabinet yang berpengalaman luas yang kecewa dengan sikap kerakusan Umno yang tiada akan berubah dan mutakhir ini bergiat cergas di dalam Pakatan Rakyat untuk membina tapak baru dan harapan baru untuk masa depan rakyat Malaysia.
Satu Malaysia ditipu oleh UBN dalam program JMR (JUARA MENIPU RAKYAT) tajaan UBN satu Malaysia. Isu penyelewengan demi penyelewengan wang rakyat ini; termasuk skandal PKFZ, cuba dialih fokus oleh UBN dengan perihal isu kalimah Allah yang diperbesarkan dan dieksploitasikan oleh mereka demi untuk mendapat semula sokongan orang Melayu dalam PRU13 nanti.
Namun, massa sudah celik mata akan sandiwara mereka dan tiada memberikan sokongan ke atas lakonan demonstrasi mereka yang cuba mencetuskan huru hara antara kaum dan antara agama dalam isu kalimah Allah di negara ini setelah huru-hara heret kepala lembu tiada mendapat sokongan orang Melayu apalagi daripada PAS yang berhati-hati dan menunjukkan kematangan siasahnya daripada masuk perangkap perkauman dan ugama manipulasi Umno. PAS yang semakin utuh di hati massa yang menyaksikan sendiri bukti kehebatan Islam yang dibawanya selaku gerakan dan Parti Islam SATU MALAYSIA di negara ini.
Bahkan Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS menyatakan memberi salam kepada orang bukan Islam itu khilaf dan boleh mengucapkan salam. Bahkan inilah yang sebenarnya mesej Islam supaya orang bukan Islam tahu bahawa Islam itu baik bahkan dinyatakan tuhan sebagai ‘Rahmatan lil alameen” ertinya rahmat kepada sekalian alam, manusia dan binatang; termasuk memberikan rahmat kepada bukan Islam juga sebagaimana terkandung dalam salamnya: “Peace Be Upon You“ ( sejahtera ke atas kamu ); secara literalnya adalah untuk dan kepada semua manusia wajar diselamatkan.
Kehebatan gerakan Islam PAS amat dikagumi bukan Islam yang akan membenarkan bukan Islam menjadi ahli penuh dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS yang bakal ditubuhkan dengan rasminya, insyaAllah yang setaraf, sesuara dan sehak dengan Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulamak; menjadikan konsep keadilan dalam Islam dapat dicernai oleh Gerakan Islam PAS sebagai gerakan terulung massa dalam massa dewasa ini.
PAS di bawah Mursyidul Am TGNA bisa melakukan reformasi uslub dakwah yang paling sesuai dengan waqi’ terkini bersama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sebagai PILIHAN RAKYAT pada PRU 13, insya Allah di samping tiada menggadaikan prinsip perjuangan Islam yang sebenar yang anti nasionalisme, racialisme dan ekstremis agama.
UBN akan bertambah gusar dan fobia lagi apabila PAS sendiri akan meletakkan calon bukan Melayu dan bukan Islam yang sesuai untuk menentang calon BN daripada MCA dan MIC bersama DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan baru di peringkat federal. Oleh itu, perkemaskanlah daftar pemilih dan pendaftaran pengundi baru daripada sekarang khususnya anak- anak muda yang bersemangat tapi apa ertinya tiada bisa mengundi jika belum lagi mendaftar sebagai pengundi. Semakan tempat mengundi juga perlu disegerakan kerana SPR dan JPN adalah anggota UBN yang tiada berdaftar! Yang bekerja untuk tipu muslihat dan strategi UBN untuk menang secara penipuan dan cara jahat.
Justeru bilik gerakan bagi semua UPU (Unit Peti Undi) sepatutnya sudah pun bersiap siaga daripada sekarang khususnya bagi negeri Perak untuk memintas perancangan UBN dan agensi di bawah telunjuknya (JPN dan SPR) khususnya penggunaan ‘Mycard’ di kalangan anggota polis dan tentera.
No comments:
Post a Comment