Pages

Saturday, January 30, 2010

Exco Pemuda PAS kritik keputusan Jawatankuasa Disiplin

Exco Pemuda PAS, Abdullah Abdul Karim yang juga bekas pemimpin mahasiswa dari UKM mengkritik keputusan Jawatankuasa Disiplin parti tersebut yang dianggap berat sebelah.

“Keputusan jawatankuasa tatatertib PAS Pusat menggantung Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kepada Datuk Hasan amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali,” kata beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Pahang. Baca seterusnya disini.

Abdullah saya kenali semenjak zaman mahasiswa. Nampaknya beliau masih lagi belum berubah. Beliau masih lagi berani dan mempunyai semangat anak muda yang berani melawan. Jika Pemuda PAS diterajui oleh orang-orang seperti Abdullah, tidak mustahil sayap pemuda parti tersebut akan menjadi kuat pada masa akan datang.

Mutakhir kini, parti-parti politik di Malaysia tidak kira dari Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai sayap pemuda yang kuat. Ini adalah perkara yang membimbangkan, jika pemuda tidak cergas, maka malaplah masa depan negara.

Akan tetapi, perjuangan kembali “menggelegak” apabila anak-anak mahasiswa kita bangun melawan. Bangun melawan penindasan terhadap mereka.

Segala puji-pujian diberikan kepada mahasiswa-mahasiswa UM dan UKM kerana berani untuk bangun melawan. Mereka-mereka inilah yang menjadi harapan Malaysia yang lebih baik pada masa akan datang.

Dengan adanya mahasiswa-mahasiswa yang berani sebegini, mahasiswa-mahasiswa lain yang belum berani akan terinspirasi untuk bangkit melawan.

Hanya Mat-Mat SKEMA sahaja yang mengikut telunjuk HEP.

Yang “cool” akan bangun melawan.

Yang “cool” akan menjadi “rebellious”.

Yang “cool” mempunyai idealisme sendiri.

Malaysia masih belum perlu bimbang. Pada masa akan datang, kita mempunyai ramai pemimpin-pemimpin muda yang berani.

Abdullah Abdul Karim adalah contoh pemimpin muda yang “cool” dan berani melawan ketidakadilan.

No comments:

Post a Comment