Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani adalah bekas Pengarah Biro Tatanegara (BTN) sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998. Adakah kemasukan Johari ke dalam Parti Keadilan Nasional (sekarang Parti Keadilan Rakyat) adalah sesuatu yang dirancang atau penyertaan dengan keikhlasan?
Tindak tanduknya kebelakangan ini amat mencurigakan.
Sebenarnya Joharilah orang yang mencadangkan dan menyokong kuat pencalonan Radzi Salleh sebagai calon PKR di Lunas walaupun ketika itu Radzi masih merupakan seorang ahli Umno. Apabila Radzi mengisytiharkan diri keluar parti, sehingga ke hari ini Johari tidak langsung mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen tentang perkara tersebut.
Prestasinya di kawasan Sungai Petani yang teruk menyebabkan ramai yang benci kepada PKR. Johari jarang balik ke kawasannya sebaliknya lebih banyak menghabiskan masa di luar Kedah dan luar negara.
Kenapa Johari begitu beria-ria untuk menjadi Setiausaha Agung PKR setelah perletakan jawatan Datuk Salehudin Hashim dan begitu berharap untuk menjadi Pengarah Pilihanraya Pusat selepas perlantikan Saifudin Nasution sebagai Setiausaha Agung yang baru? Adakah ianya secara tidak sengaja atau melibatkan suatu perancangan besar untuk menjahanamkan PKR dari dalam?
Setelah Johari mendapat anugerah Datuk, beliau seolah-olah tidak bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan parti di Kedah dan dilihat lebih mementingkan diri sendiri.
Johari adalah seorang pemimpin yang susah untuk dihubungi dan sentiasa mengelak daripada mendengar masalah rakyat. Namanya di kawasan Sungai Petani begitu teruk sehingga ada ura-ura pemimpin lain akan mencabarnya sebagai Ketua Bahagian Sungai Petani.
Jadi Johari mencadangkan dalam mesyuarat Biro Politik minggu lalu supaya pemilihan jawatan dalam parti pada tahun ini ditangguhkan bagi mengelak kekalahannya sebagai Ketua Bahagian Sungai Petani. Seluruh negara akan dikorbankan demi kepentingan peribadinya.
Adakah kelaku buruk Zulkifli Noordin yang menyerang rakan dari Pas, Azan Ismail yang menyerang kepimpinan PKR Pahang dan Zahrain Hashim yang menyerang Lim Guan Eng adalah di dalam perancangan besar Johari Abdul untuk menjahamkan PKR dan sekaligus memastikan Najib terus kekal berkuasa?
AJK PKR Bahagian Sungai Petani.
30.01.2010
No comments:
Post a Comment