"Setelah satu minggu perbicaraan Liwat II , analisa paling bodoh yang awal – awal dapat dibuat ialah beberapa kelemahan ketara dalam menjustifikasikan kekuatan Saksi utama iaitu Saiful ;-
1. Beliau PASIF dan TIDAK BERTINDAK serta MELAWAN sebaik saja ‘diajak’ oleh Anwar untuk ‘diliwat’
2. Tindakan ini seolah – olah ia RELA dan BERSETUJU dengan ‘pelawaan’ Anwar untuk ‘diliwat’
3. Dan 2 hari selepas diliwat , iaitu hanya pada 28hb baru berusaha dan bersusah payah mencari hingga 3 buah hospital untuk ‘membuktikan’ dia ‘betul – betul’ diliwat’.
4. Kalau benar beliau marah dan tidak setuju dengan ‘perbuatan’ Anwar ke atas nya , maka pada petang kejadian 26hb , kurang lebih jam 5.00pm beliau sepatutnya meluru ke ketiga – tiga buah hospital tadi. Sepatutnya begitu lah. Tetapi itu tidak berlaku.
5. Kita sama – sama lah tengok episode berikutnya dalam perbicaraan untuk minggu ke – 2 nanti , takut – takut skrip akan diubah.
Di sini agak jelas skrip yang ‘Mahathir’ sediakan ini tak berapa lengkap.
Mengikut pengakuan Saiful dan dan berkat kesabaran beliau menunggu sehingga lebih dari 1 tahun menunggu , beliau bersyukur dan mengucap Alhamdulillah akhirnya kes ini dapat dijalankan perbicaraan , menunjukkan betapa untuk menunjukkan kepada rakyat 1Malaysia ‘kejadian’ ini benar – benar berlaku dan terjadi.
Namun skrip hari pertama sudah Nampak dengan jelas tidak berapa kemas dan cermat.
Jangan nanti , belum habis beliau memberikan keterangan dari kandang saksi , samada pada hari ke-3 atau ke-4 nanti , Allah memberikan hidayah kepadanya , lantas membuat pengakuan , semua ini adalah konspirasi Najib dan Mahathir saja.
Huru hara nanti 1Malaysia , kalau itu yang terjadi.
No comments:
Post a Comment