Pages

Saturday, May 29, 2010

harap harap bukan janji splastik

Tidak berganjak biar pun seinci – S Manikumar
M Faqih
KOTA BHARU, 29 Mei: Adun PKR Bukit Selambau, S Manikumar hari ini mengambil pentas konvensyen PKR bagi sekali lagi menolak spekulasi akan melompat dari parti itu.

Berucap pada Kongres PKR di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre hari ini beliau menegaskan tidak akan bertukar prinsip perjuangan biar pun seinci.

Ekoran itu orang ramai bertepuk tangan tanda bersetuju dan kagum dengan pendirian tegas anggota Exco kerajaan negeri Kedah terbabit.

Beliau turut mengulangi beberapa kali perkataan tidak akan berundur biar pun seinci dan tetap akan memakai baju PKR yang sudah sebati dengan jiwanya.

“Sebelum ini media membuat andaian mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah akan jatuh apabila ada lagi Adun yang akan melompat katak.

“Inilah yang menyebabkan rakyat tambah keliru. Mereka dok dengar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang cakap begitu.

“Saya jadi calon bukan sekadar hendak suka-suka, cuba bayangkan ketika pilihan raya kecil itu saya terpaksa berdepan dengan 13 lagi calon lain tetapi akhirnya pengundi memilih PKR,” katanya pada ucapan sebelum perbahasan ucapan dasar presiden bermula.

Sebelum ini sebuah akhbar menggambarkan kerajaan Pakatan di Kedah goyah ekoran kemungkinan beberapa lagi Adun akan melompat parti.

Sehingga kini dua Adun PKR mengisytiharkan keluar dari parti terbabit iaitu Adun Lunas, Mohamad Radzhi Salleh dan Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu.

Di Dewan Undangan Negeri Kelantan sekarang Pakatan mempunyai 20 kerusi, manakala BN – 14 dan Bebas – 2.

S Manikumar berkata, beliau hidup berpegang kepada prinsip dan tidak akan berganjak daripada pendirian tersebut biar pun seinci.

Seorang pembahas mewakili kaum Tionghua, Chan Li Kan melahirkan rasa kecewa apabila ada pemimpin kerajaan di Selangor menggunakan kenderaan rasmi sewaktu kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat perlu memenangi hati rakyat terutamanya masyarakat Melayu dengan melakukan sesuatu secara telus dan bukannya boleh menimbulkan pertikaian.

No comments:

Post a Comment