Rakyat Perlu Bijak Menilai Janji Anwar - Perdana Menteri
PEKAN, 29 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat perlu menilai secara bijak setiap janji yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebenarnya hanya mahu mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
Perdana Menteri berkata rakyat perlu mengingati kembali penipuan besar yang pernah dibuat Anwar ketika mencanangkan penubuhan kerajaan baru pada 16 Sept 2008.
"Dia (Anwar) dah berjanji macam-macam, sebab dia nak kuasa, saya berharap rakyat berhati-hati dengan janjinya," katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.
Beliau mengulas janji terbaru Anwar yang kononnya akan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang dilantik di kalangan pemimpin DAP jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.
Janji itu dilihat sebagai satu gimik politik dalam usaha Anwar untuk terus mendapat sokongan masyarakat Cina. Janji terbaru Anwar itu disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan pada 26 Mei lepas.
Najib berkata: "Rakyat harus berhati-hati kerana janjinya tidak semestinya dapat ditunaikan. Kadang-kadang dia cakap lain kepada orang Melayu dan cakap lain kepada orang Cina.
"Terpulang kepada rakyat, yang penting rakyat tidak boleh telan bulat-bulat kerana dia sendiri tahu dia tak boleh tunaikan," kata Najib.
Perdana Menteri berkata rakyat juga perlu sedar bahwa Anwar sebenarnya kini semakin hilang pengaruh di kalangan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang.
"Setiausaha Agungnya (Datuk Salehuddin Hashim) pun sudah letak jawatan. Jadi mesti ada sesuatu yang tak betul berlaku dalam kepimpinan PKR. Dia sudah hilang pengaruh dan wakil rakyatnya sendiri.
"Kalau mereka puas hati mereka takkan pindah (letak jawatan). Puncanya ialah mereka tidak puas hati," kata Najib.( aku rasa depa pindah pasai tawaran dari najib kot,, juta2 juta wei,,)
Perdana Menteri berkata sebab itulah Anwar kini dilihat terpaksa menaburkan pelbagai janji politik yang tidak mampu ditunaikannya.
Sementara itu, di KLUANG, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata janji Anwar itu akan menimbulkan keresahan dalam negara majmuk kerana ianya akan mewujudkan rasa tidak puas hati kepada kaum lain.
Katanya tindakan Anwar yang semata-mata mahu meraih simpati daripada penyokongnya adalah tidak bertanggungjawab memandangkan penasihat PKR itu masih gagal menunaikan janjinya termasuk janji kepada negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.
"Apa janji yang diluah adalah lebih kepada untuk menarik lebih ramai penyokong," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Khidmat Masyarakat, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Komuniti Bestari Mukim Kahang, di Kampung Sri Lukut, di sini.
-- BERNAMA
#tak pa tak pa,, kita tunggu PRU akan datang,, aku akan berjuang habis habisan...
cabaran utama ialah macam mana nak hilangkan karat tebal yang jadi selaput pikiran sesetengah orang kampung yang tak jemu-jemu sokong AmeNo tu! Kesian kat depa, kena tipu dari dulu kini dan selamanya!
ReplyDelete