FAM sedia bantu skuad B-21
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia meneliti hasrat skuad bawah 21 (B-21) negara untuk kembali beraksi dalam kempen Liga Super musim ini.
Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah (gambar) ketika ditanya berhubung perkara tersebut bertitah, badan induk bola sepak negara itu sedia meneliti kedudukan skuad B-21 negara yang tidak dibenarkan beraksi pada saingan Liga Singapura.
"Insya-Allah," titah baginda ketika ditemui pemberita selepas merasmikan forum Hak dan Perpaduan Melayu Dalam Konteks 1Malaysia anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Khazanah Alam di Maran semalam.
Dalam pada itu, Sultan Ahmad Shah turut menafikan kemasukan Pahang dalam saingan Liga Super disebabkan kedudukan baginda dalam FAM.
Sebaliknya, baginda menjelaskan, keputusan untuk kembali menyenaraikan Pahang dalam kancah Liga Super dibuat selepas mendapat perse- tujuan Ahli Majlis FAM pada 7 Disember lalu.
"Ada dalam tulisan (akhbar) saya tak tahu mana, macam saya berusaha, beria-ia mahukan Pahang (beraksi dalam Liga Super).
"Bukan saya, (sebaliknya) kerana Pahang (berkedudukan) teratas dalam senarai pasukan dalam Liga Perdana, maka sebab itu Pahang dibawa masuk (menyertai Liga Super). Itu dengan persetujuan Ahli Majlis," titah baginda lagi.
Mengenai kedudukan skuad (B-23) negara supaya dikekalkan, Sultan Ahmad Shah bertitah: "Saya tidak dapat mendedahkannya kerana itu rahsia saya dan rakan-rakan saya dalam FAM.
"Saya bangga kerana buat kali pertama selepas 20 tahun (kita menang emas). Sebab itu, saya selalu kata jangan anggap pasukan negara tidak mampu mendapat kejayaan cemerlang," titah baginda.
No comments:
Post a Comment